Pada musim kesihatan yang tidak menentu ini dengan kes covid-19 yang kian meningkat ini, lebih-lebih lagi di negeri Selangor dan Sabah yang giat melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).
Ibu bapa boleh lah merancang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan juga yang bermanfaat buat mereka seperti membuat projek DIY penyidai tuala, ajak mereka memasak dan pelbagai jenis aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan bersama-sama.
Seperti seorang bapa ini, Mohd Azrin Roselan, telah berkongsikan cara-cara untuk membuat DIY penyidai tuala dengan hanya menggunakan paip PVC saja dan hasil akhirnya sangat memuaskan kerana anak-anak beliau sudah boleh meletakkan kain tuala di tempat yang betul. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu. Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering. Pada 3 gambar akhir ada bonus diberikan untuk versi rak sidai tuala yang telah upgrade supaya lebih kukuh. AzrinRos Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Rak sidai towel upgrade version. Penambah baikan untuk mengurangkan tekanan pada kaki rak.
Tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.
Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29".
Nota Tambahan :
Ramai yang bertanya samada rak sidai dari PVC ini kukuh atau tidak?Bergantung kepada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
Rak penyidai ini masih baik sehingga hari ini. Saya guna untuk kering dan anginkan tuala basah.
Selepas selesai saja mengikuti langkah-langkah tersebut dan ianya sudah pun siap. Sekiranya anda inginkan warna lain, anda boleh catkan ia dengan warna kegemaran anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Mohd Azrin Roselan