Cara Untuk DIY Penyidai Tuala Daripada Paip PVC

Ditulis oleh

Pada musim kesihatan yang tidak menentu ini dengan kes covid-19 yang kian meningkat ini, lebih-lebih lagi di negeri Selangor dan Sabah yang giat melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Ibu bapa boleh lah merancang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan juga yang bermanfaat buat mereka seperti membuat projek DIY penyidai tuala, ajak mereka memasak dan pelbagai jenis aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan bersama-sama.

Seperti seorang bapa ini, Mohd Azrin Roselan, telah berkongsikan cara-cara untuk membuat DIY penyidai tuala dengan hanya menggunakan paip PVC saja dan hasil akhirnya sangat memuaskan kerana anak-anak beliau sudah boleh meletakkan kain tuala di tempat yang betul. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Penyidai Tuala Daripada Rak PVC

Projek DIY hujung minggu buat rak sidai tuala. Sebelum ini penyidai tuala terlalu tinggi anak-anak tak sampai.
Jadi mereka sidai asal boleh jer dengan gantung tuala di pintu. Kesannya pintu berkulat dan tuala mempunyai kesan tompok-tompok belapuk sebab tidak mendapat pengudaran yang baik dan tuala lambat kering. Pada 3 gambar akhir ada bonus diberikan untuk versi rak sidai tuala yang telah upgrade supaya lebih kukuh. AzrinRos Lepas ini tuala tidak belapuk lagi.
Penyidai Tuala Menggunakan Paip PVC 
Bahan-Bahan Diperlukan :
Ukuran saiz paip untuk buat rak dari paip PVC (Rujuk gambar di bawah untuk lebih faham).
DIY Penyidai Tuala
Bahagian A
Pasang Elbow dan T join pada paip 29".
Bahagian B
Pasang Elbow pada T joint dengan menyambungnya dengan paip 1".
Bahagian C
Pasang T join paip 9" dan paip 29" untuk kaki rak. Kemudian pasang 4 tiang paip 35".
Bahagian akhir dengan mencantumkan semua bahagian.
Camtumkan semua bahagian dengan bahagian A + B + C.

Rak sidai towel upgrade version. Penambah baikan untuk mengurangkan tekanan pada kaki rak.

DIY Penyidai Tuala

Tambah T join pada kaki rak untuk mengurangkan tekanan beban.

DIY Penyidai Tuala

Pasang palang pada kaki rak untuk kukuh dengan pasang T join dan paip 29".

DIY Penyidai Tuala

Nota Tambahan :

Ramai yang bertanya samada rak sidai dari PVC ini kukuh atau tidak?Bergantung kepada beban dan ketebalan paip PVC yang digunakan.
Rak penyidai ini masih baik sehingga hari ini. Saya guna untuk kering dan anginkan tuala basah.

Selepas selesai saja mengikuti langkah-langkah tersebut dan ianya sudah pun siap. Sekiranya anda inginkan warna lain, anda boleh catkan ia dengan warna kegemaran anda.

DIY Penyidai Tuala

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana.

 

Kredit : Mohd Azrin Roselan

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 20, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 20, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram