Seperti kebiasaanya, rumah-rumah teres sudah pasti terdapat sedikit ruang halaman kosong terutamanya rumah yang terdapat "Corner Lot". Ruang-ruang kosong tersebut bolehlah dihiasi dengan membuat sedikit acuan path maker daripada anda membiarkan saja.
Jika dibiarkan ruang itu kosong sampaikan dipenuhi dengan rumput hingga menjadi semak samun di kawasan rumah anda.
Untuk pengetahuan anda, teknik-teknik untuk DIY path maker ini telahpun dikongsi oleh Saudara Ben Safwan, di mana beliau ada berkongsi cara-cara untuk membuat path maker untuk ruang kosong di halaman rumahnya. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Buat path maker untuk ruang 20x5 kaki bermula hari ini. Tujuan untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja.Pavement mould tu beli di Sopi. Tinggi dia 3.5 cm.
Proses mula dengan korek keluar tanah 4-5 cm. Perlahan-lahan habiskan. Lepas tu levelling balik guna batu kerikil campur pasir ketika nak letak mould untuk samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.
Sebab buat kerja sorang,kena banyak guna akal dari guna tenaga. Tolak simen pun pakai troli ( buat sewaktu wardrobe ) dan gaul simen macam biasa guna drill.
Langkah-Langkah Untuk Membuat Path Maker
1. Buat path maker untuk ruang 20x5 kaki bermula hari ini. Tujuan untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja.Pavement mould tu beli di Shopee. Tinggi dia dalam 3.5 cm.
2. Proses dimulakan dengan mengorek dan keluarkan tanah 4-5 cm. Lepas tu levelling balik dengan menggunakan batu kerikil campur pasir. Apabila nak letak mould, samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.
3. Disebabkan kerja ini saya buat dengan sendiri, maka saya perlu banyak gunakan akal dari gunakan tenaga. Tolak simen pun pakai troli dan gaul simen guna drill.
4. Simen gaul dengan 1:3 . 1 simen saya guna 3 bahagian pasir sungai kasar. Air lebih kurang 7.5 liter.
Nota tambahan : Tak perlu untuk BRC (British Reinforced Concrete) sebab kalau ada tertanya-tanya. Anda boleh merujuk kembali tujuan di atas.
5. Dah level dengan batu kerikil tadi,letak mould dan bagi rata cantik. Baru sapu mould dengan minyak masak/minyak hitam supaya senang diangkat dan kemas.
6. Isi simen dan ratakan dengan sudip/kayu basah. Biar 3-4 minit lepas tu dah boleh angkat.
7. Bagi bahagian tepi sekali tu, anda boleh lorekkannya sendiri kerana proses nak melorek itu amatlah senang.
8. Untuk proses finishing, anda mungkin boleh meletakkan clear shellac batu.
9. Untuk bahagian celah,akan diletakkan simen dan spray air. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada rumput keluar.
Kredit : Ben Safwan