Pagar beranda atau "deck railing" merupakan antara elemen yang penting supaya laman rumah tampak gah dan menarik. Sering kali kita dengar pagar beranda yang diperbuat daripada besi tahan karat, stainless steel, namun, seorang pemuda daripada Sarawak ini mencipta kelainan apabila menggunakan kayu jenis Borneo Ironwood untuk membuat pagar beranda di laman rumah beliau.
Jom kita ikuti perkongsian daripada pemuda bernama Atama Aaeman ini.
Menurut pemuda ini, kayu jenis ini boleh diperoleh daripada tukang kayu atau kontraktor. Tambah beliau lagi, harganya juga adalah lebih murah berbanding dibeli online.
Tiang Kotak Menambahkan Lagi Seri Binaan
Tiang berbentuk kotak ini dihasilkan sendiri oleh beliau dengan menggunakan jubin bersaiz 2" x 1". Menurut beliau kaedah yang digunakan untuk menghasilkan tiang berbentuk kotak ini adalah 'simple' sahaja. Hanya perlu menampal jubin-jubin yang telah dipotong pada tiang simen.
Anggaran kos yang digunakan oleh pemuda ini dalam menyiapkan pagar beranda adalah RM 3000 tidak termasuk kos mengetam dan memotong kayu
Semua sekali dalam 3000 jugak beli kayu kasar tak masuk kos mengetam dan potong ikut ukuran.
Menurutnya lagi harga anggaran bagi sebatang kayu jenis Borneo Ironwood adalah sekitar RM500.
Cantik sungguh kan pagar beranda di laman rumah pemuda ini. Idea ini boleh dijadikan inspirasi dekorasi laman rumah anda! Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan ya.