Mengubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri memang dapat membuatkan kita seronok dan bahagia. Hal ini kerana anda dapat memilih jenis dekorasi apa yang anda inginkan untuk rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Abe Nal. Perkongsiannya adalah mengenai diy "mirror wainscoting" untuk ruang makan.
Bukan semua orang berani dan sanggup melakukan diy seperti ini kerana jika tersalah langkah cermin itu boleh jatuh dengan sendirinya tau.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian yang ingin dikongsi olehnya mengenai diy tersebut.
Akhirnya siap jugak projek DIY cermin untuk ruang makan. Kos hanya RM289 tak termasuk harga upah Abe Nal. Upah mahal tukang ni - Kata isterinya.
Ini adalah keadaan sebelum proses ubahsuai deco rumah yang dilakukan dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah.
In the making. Kita lekatkan kayu guna gam kayu. Kayu boleh beli dekat kedai hardware ada jual.
In the making. Baru siap cat. Yang kayu tu kena alas dengan cat putih dulu baru cat yang diingini. Barulah cantiknya kayu itu.
In the making. Tampal cermin guna gam kayu jugak. Abaikan gambar tukang tengah berehat memikirkan berapa upah nak caj kat tuan rumah.
Ini adalah keadaan ruang makan yang telah siap dipasang dengan gaya wainscoting cermin pada dinding.
Gambar lain wainscoting cermin setelah selesai melakukan diy.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sumber idea dan inspirasi untuk anda dalam melakukan projek diy ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mecuba.