Cermin juga amatlah memainkan peranan untuk dekorasi rumah selain guna untuk menilik wajah dan "OOTD" kita setiap hari sebelum keluar ke mana-mana. Cermin yang besar dan pelbagai bentuk semestinya boleh membuat ruang nampak lebih besar dan cerah. Namun begitu, harganya amat mahal dan boleh mencecah sekurang-kurangnya beratus-ratus ringgit. Perkongian pada kali ini adalah dari Teena Azwa . Perkongsiannya adalah mengenai diy "mirror wainscoting" hanya guna barang kedai eco.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian daripada Teena Azwa yang dikongsi dilaman facebook miliknya ini. Yang penting murah dan mudah dibuat. Tak perlu keluar modal besar tau.
Cermin dari Kedai ECO rm2.10 sahaja .Spray sparkling Gold dari Mr.DIY. Jadi, lepas siap lakukan wainscoting hari itu, saya tambah lagi seri dekat wall rumah saya. Tampal cermin ECO dekat atas wainscoting. Terus nampak lagi cantik dan menarik!
Process menampal agak mencabar, sebab wall tak berapa lurus. Tapi puas hati bila sudah siap. Maka siaplah sudah dekorasi untuk Rumahku Syurgaku.
Selamba sahaja saya susun dekat kedai Eco. Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besar.
Susun dulu sebelum tampal kat wall.
Dah siap dan inilah hasilnya