Memang sudah menjadi kebiasaan pada masa kini sengala peralatan dan perabot dapur dibeli sahaja. Jika anda memang berkemampuan tidak salah anda membelinya. Tetapi ada juga sebahagian dari kalangan kita yang kurang mampu dalam untuk mendapatkan perabot rumah. Jadi tidak salahnya jika anda cuba sendiri untuk diy perabot dapur rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari Syazana Arifin yang ingin berkongsi mengenai diy meja usang jadi kabinet dapur dengan bajet kurang rm100!
Salam. Sedikit perkongsian diy meja usang jadi kabinet dapur. Kos dalam lingkungan Rm100 lebih ada lebihan playwood dan barang lain lagi.
Belum ada rezeki nak duduk rumah sendiri lagi. Jadi kita diy je la kabinet dapur bajet ni mana tahu boleh bagi idea kat orang lain juga.
Ini adalah meja lama tuan rumah. Tuan rumah pesan tak nak pakai kau buang saja. Khazanah berharga ni. Ada macam-macam tulisan purba.
Lepas dah bersihkan meja tu. Letak plywood 12mm. Pastu tampal je la wallpaper. Itu je la paling mampu buat masa sekarang.
Selepas itu, Sambung buat la laci pula. Laci asal meja ni memang dah tak ada.
Kung kang kung kang kung kang. Sampai malam diy tak siap-siap. Nasib baik ada pembantu syif malam. Ni aku pasang roda.
Ni aku cuba diy tempat letak tong sampah bergerak dan bawah tu laci plastik sampah. kalau kau tengok nipis je kan plywood 5mm aku guna tu. Takot pulak roboh kalau tarik.
Lepas pasang pintu letak semua handle ke apa orang panggil tu.
Ini adalah laci tempat letak minyak dan perkakasan lain.
Ini pula adalah tempat letak peralatan seperti sudu dan sebagainya.
Bawah ni aku letak tisu.
Dan ini adalah tempat tong sampah bergerak.
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini.Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea untuk diy perabot lama.