Bila dah kreatif ni ada je benda kita nak DIY, dari benda-benda kecil sehinggalah benda-benda besar. Lagi-lagi nak cari bahan-bahan DIY ni mudah je, contohnya di kedai Eco. Bajet pun rendah tapi dapat hasil yang bukan biasa-biasa.
Jadi, alang-alang dah masuk kedai Eco apa kata kita cari barang untuk DIY lampu hiasan dengan bajet serendah RM10 je. Tak sangka kan,kat mana nak dapat lampu hiasan ala-alal lampu istana yang tak sampai RM10 jer. Jom kita ikuti perkongsian Siti Aisyah melalui Kedah Kini
Beliau DIY lampu hiasan yang sesuai untuk digantung di mana-mana sudut rumah. Tak payah nak panggil orang nak upah pasang,mudah je,boleh pasang sendiri. Jadi, apa kata kita tengok langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan.
Hari ini terdetik nak buat lampu hiasan yang sedang viral semenjak ini. Lampu hiasan ni yang paling bajet kerana kesemua beli dikedai ECO jer...hehehehe
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
1) Panaskan daulu tukul tersebut dengan tujuan untuk membuatkan lubang di bahagian bawah tengah bakul kecil.
2) Masukkan soket mentol beserta bateri ke dalam lubang yang ditebuk itu.
3) Ni lah dia hasilnya selepas mentol dipasang. Nampak cantik dah tu. Lakukan proses yang sama terhadap mentol yang lain
4) Pasangkan besi penyangkut (hook) yang dibeli kepada bekas tersebut.
5) Sedia untuk digantung di kawasan rumah anda!!
Anda boleh hiaskan di beberapa bahagian dalam rumah yang bersesuaian antarnya ialah ruang tamu, dapur, bilik tidur dan sebagainya.
Menarik bukan, korang semua bolehlah try buat diy lampu hiasan ini di rumah anda masing-masing. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga berjaya semua.
Kredit : Deco Kedai ECO