DIY Lampu Chandelier Bentuk Nenas Dengan Kos Murah

Ditulis oleh

Tidak ramai sangat yang gemarkan akan lampu chandelier ini. Namun, kepada yang menggemari lampu jenis chandelier ini akan tahu betapa mahalnya harga sebuah lampu tersebut. Nak beli tapi tiada bajet, jadi apa kata diy sahaja lampu chandelier ini.

Lampu chandelier yang dilakukan sendiri ialah daripada suami kepada Sufi-ya Diana Azman. Beliau menginginkan lampu chandelier namun berkos rendah untuk dekorasi rumah mereka. Maka terhasilnya lampu chandelier DIY ini.

Giler Deco ingi berkongsikan bagaimana untuk melakukan DIY ini kepada anda yang berminat terhadap DIY ini. Jom kita ikuti melalui perkongsian daripada Sufi-ya Diana ini untuk mengetahui bahan dan juga cara untuk melakukan DIY ini.

Wanita Kongsikan Hasil DIY Lampu Chandelier Buatan Suami

Suami rajin diy lampu nenas ataupun lampu gantung buat dgn sudu plastik. Saya pndai tambah diamond je bagi nampak elegant. Boleh la ye. Rasa puas hati sebab ia simple dan kelihatan sangat comel.

Bahan-Bahan Yang Diperlukam :-

  • Sudu Plastik
  • Botok Minyak 5KG
  • Glue Gun
  • Diamond Kedai ECO
  • Spray Can Warna Gold/Silver

Cara Untuk Diy Lampu Chandelier Ini

1. Ambil sudu plastik yang dan guntingkan agar jadi macam ni.

Diy Lampu Chandelier

2. Lekatkan sudu yang digunting tersebut pada botol minyak menggunakan glue gun ini. Habis sahaja lekatkan anda boleh spray warna yang diinginkan.

3. Masukkan mentol kedalam botol tersebut.

Diy Lampu Chandelier

4. Kalau tak mahu spray pun tak apa. Ia akan kelihatan begini.

Hasil Akhir Lampu Chandelier Bajet Ini

Tadaaaa! Ini lah dia hasil melakukan sendiri lampu chandelier ini. Nampak bentuk nenas tu dah macam ala-ala rumah spongebob.

Langsir biru dibelakang juga adalah hasil tangan suami juga.

Diy Lampu Chandelier

Kepada anda yang tidak mahu letak kristal pun tak apa. Atas kreativiti masing-masing untuk buat macam mana pun.

Diy Lampu Chandelier

Sumber : Sufi-ya Diana Azman

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 22, 2021
Dikemaskini pada
Julai 22, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram