Sejak akhir-akhir ini, negara Malaysia dilanda pemanasan global yang sangat panas dan terus. Bahkan juga, kita dinasihatkan agar untuk menjaga diri sendiri daripada berlakunya strok haba. Untuk elakkan daripada terjadi strok haba, perlu menyejukkan badan diri sendiri.
Takkan semua nak mampu untuk mandi setiap masa kan untuk sejukkan badan. Jadi, alternatif lain ialah untuk menyejukkan diri didalam kolam renang. Macam yang dilakukan oleh Eddy Azuan yang telah membuat kolam mandi ditepi rumahnya.
Beliau telah membuat kolam mandi yang besar ditepi rumahnya untuk anak-anak beliau bermain. Yang lebih penting, beliau hanya DIY sahaja membuat kolam renang tersebut selama 7 hari sahaja. Jom kita tengok perkongsian daripada Eddy Azuan ini.
1. Ni la rupa asal ruang yang ada. Rumput tiruan tu memang dah ada cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.
2. Inilah lakaran pelan. Orang kata lukis dulu baru nampak. Ada yang tanya kenapa perlu buat deck keliling?
3. Barang2 diorder dari online. 3 hari terus sampai depan rumah cuma KANVAS kolam yang sebelah dalam tu beli dari set pool yang dah siap. BESTWAY adalah 2m x 4m, kedalaman pula ialah 1m. Buleh try cari di shopee dengan harga lebih kurang rm700-800
4. Kerja dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah
5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan. Kenapa tak simen? Sebab tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada. Senang sekali order sahaja. Sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
6. Hasil setelah pasir diratakan. Jangan lupa paip longkang untuk air keluar. Pastikan hujungnya akan ditutup dengan jaring supaya mmg takda 'menatang' boleh keluar masuk
7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT. dengan tujuan untuk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2. Saya kekalkan rumput tiruan sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak. Kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..
8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah iaitu BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting, tak berani pakai GRINDER
9. Inilah bukti 3 minit yang sempat dirakam jiran. Bantuan anak2 yang nak membantu. Tapi baru 3 minit jer pastu resign.
10. Siap lebih kurang frame untuk deck. Ingat!! Ini untuk tampung DECKING, tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak
11. Indahnya besi biru ni. Walau dia bakal hilang dimata tapi takkan dilupakan jasanya sebagai tetulang keutuhan DECK nanti
12. Tangga pool tu lebihan. Nanti saya nak DIY adjust sikit
13. Lepas siap FRAME. Kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya. Asalnya pam 0.5hp, kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power untuk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai maka saya upgrade ke 3.0hp
14. Lepas siap sistem pipe dan pump. Saya mula pasang kolam KANVAS dan try isi air. Waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus datang balik bertugas
15. Deck dipasang, saya guna PRIMA PLANK kerana ia mempunyai urat kayu
16. Hehehe....Hampir siap dah. Memang saya buat sekali area untuk shower dan cuci kaki. Budak kecik ni dah mula enjoy ruang baru
17. Akhirnyaa!!! Siap juga DIY kolam renang ini.
Sumber : Eddy Azuan
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Lelaki Ini Ubah Bilik Kosong Kepada Bilik Wayang Mini Untuk Family Tersayang