DIY "Kitchen Island" Dengan Kos Serendah RM300 Sahaja

Ditulis oleh

Kos buat "kitchen island" hanya rm300? Biar betul? Macam tak boleh percaya tapi sebenarnya betul! Bajet sahaja hanya rm300 sahaja menurut perkongsian daripada @yatt_azml melalui laman sesawang twitternya dan semuanya adalah DIY.

Kitchen island ini merupakan impian kepada setiap wanita yang berada di rumah. Jika tiada kitchen island pasti dapur tersebut tidak lengkap dengan kabinet yang akan memperlihatkan ruang dapur yang kemas dan teratur.

Jadi hari ini, Giler Deco ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara diy kitchen island. Kos buat "kitchen island" hanya rm300 sahaja dan barang juga senang untuk didapat. Jom kita ikuti cara-cara untuk membuatnya.

DIY Kitchen Island Dengan Bajet RM300 Sahaja :

Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Tak apa, DIY  sahaja

Semua ini saya buat sendiri dan beli dari IKEA. Total dalam RM 300 sahaja

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
  • Lamplig Chopping Board
  • Kallax Shelving Unit
  • Capita Leg
  • Skydd Wood Treatment Oil

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300

 

ImageIsland ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting untuk kita ada treatment oil tu. Tujuan dia untuk elakkan board itu cepat rosak or patah. Cara dia lap saja oil tu guna kain atau tisu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau hari-hari guna jadi buat lah 2 minggu sekali.

Guna L bracket dengan skru kan sahaja. Cari dekat hardware ada jual dalam RM 3 seketul.

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300Kitchen island ini merupakan impian setiap perempuan or isteri. Jadi kepada encik suami tu, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa untuk isteri, sediakanlah dia kitchen island ini. Makin rajinlah si isteri itu masak nanti. Tiap hari ada sahaja resepi baru dia akan buat suami untuk tercinta.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada hari ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan inspirasi kepada anda ingin membuat "kitchen island" ini dengan jayanya. Semoga bermanfaat .

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 15, 2020
Dikemaskini pada
Julai 15, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram