Kitar semula tayar untuk bina kandang adalah sesuatu yang tidaklah begitu asing bagi penggemar diy ini. Tak kira lah tayar kereta atau tayar motor ia berguna dan serbaguna. Tayar adalah antara barang yang sangat sukar untuk dilupuskan pada tempat pelupusan sisa dan kitar semula. Salah satu contoh paling menarik ialah anda boleh bina kandang hanya dengan menggunakan tayar terpakai. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai contoh idea diy kandang haiwan ternakan hanya guna tayar terpakai.
Kenapa tayar tarpakai ini sesuai dijadikan sebagai kandang haiwan ternakan adalah kerana tayar sangat keras. Jadi amat sesuai untuk dijadikan pagar kadang haiwan ternakan anda.
Selain itu, dengan hanya menggunakan tayar terpakai ini secara diy. Sedikit sebanyak anda mampu untuk berjimat cermat dalam membina kandang tanpa perlu keluarkan modal yang amat besar. Anda hanya perlu ke bengkel dan kedai tayar lama untuk mencari tayar-tayar yang sudah tidak digunakan. Ataupun anda boleh membeli dengan pemilik kedai tayar itu dengan harga yang amat murah.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian idea untuk membuat diy tayar ini.
Bukan itu sahaja. Selain dari digunakan membuat kandang. Tayar lama ini sememangnya banyak kegunaan lainnya. Salah satunya adalah anda boleh menggunakan tayar terpakai ini untuk membuat diy pasu bunga. Apa yang anda perlu buat adalah dekorasikanya terlebih dahulu dan anda cat mengikut warna kesukaan anda supaya cantik berseri.
Berikut adalah idea untuk bakal penternak baru bina kandang dari tayar terpakai :
[foogallery id="629"]
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.