Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli kabinet dapur dek kerana harganya yang agak melambung tinggi pada ketika ini. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, ratusan ringgit sudah cukup besar nilainya untuk mereka. Jadi, sekiranya anda mahu berjimat cermat, anda boleh cuba memperbaharui semula kabinet lama anda dengan cara diy supaya bersesuaian dengan konsep deko dapur yang diterapkan.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deko cara DIY yang sangat kreatif ini.
Diykan kabinet lama untuk sesuaikan dengan dapur supaya kelihatan cantik dan kemas.
Rupa kabinet semasa proses ubahsuai dilakukan. Proses-proses ubahsuai ini dilakukan hanya dengan menggunakan spray Mr.DIY.
Pandangan kabinet dengan lebih jelas semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah hasil setelah kabinet selesai diubahsuai dengan sangat cantik sekali. Langsung tidak kelihatan seperti kabinet lama. Sangat menarik hasilnya. Syabas.
Pandangan lebih dekat kabinet setelah diubahsuai.
Pandangan penuh hasil diy kabinet dapur bajet. Untuk bahagian tiles, pintu kabinet dan sliding door sahaja upah orang. Yang lain suaminya lakukan sendiri. Ianya lebih jimat.
Bahagian pintu masuk dapur seperti yang diberitahu diatas tadi, mereka mengupah orang bagi menghasilkan sliding door yang menarik seperti ini.
'
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melakukan kerja-kerja diy seperti ini. Semoga bermafaat.