Bercakap mengenai sebuah DIY kabinet baju ini tidak ramai yang berani melakukannya. Hal ini kerana adalah untuk membuat diy kabinet tersebut memerlukan tenaga yang kuat dan semangat yang tinggi. Kabinet tersebut bukanlah senang untuk dilakukan tambahan pula jika anda baru sahaja ingin menceburi bidang pertukangan ini.
Untuk seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja tukang ini mungkin boleh melakukannya. Seperti yang dilakukan oleh Mohd Zalman ini sebuah diy kabinet baju yang tinggi ini, beliau sendiri terpaksa bekerja keras untuk melakukannya.
Namun, dengan semangat tidak berputus asa. Beliau akhirnya siap melakukan diy kabinet baju tersebut yang diperbuat daripada kayu. Jom kita lihat hasil akhir kabinet baju tersebut.
Saya nak share sikit kerja tukang tak berapa hari ini. sebab projek ni siap hujung bulan 1 itu hari.
Kabinet baju ni saya cuma buat frame keliling dan pintu. Then lekat terus ke dinding. Sebab nya dinding tak rata, saya tak nak ada ruang binatang halus bersarang belakang tu.
Untuk pasang dan peralatannya tak ada lah susah sgt sebab saya cuma ada drill, cordless, grinder china aje. Yang susah sikit nak ukur dan lukis untuk maximize penggunaan ruang yang ada & potongan chipboard tu.
Chipboard dia saiz 6' x 8'. Jadi kita kena design ikut kehendak. Lepas tu lukis untuk dia potong. Tandakan juga siap² utk bahagian nak tebuk lubang & edging. Nanti dia akan kira kan total, kita bayar je n tunggu siap. Info tambahan saya share dalam gambar ye.
Langkah Demi Langkah Melakukan DIY Kabinet Baju Ini
Proses buat frame. Tak susah sangat nak pasang sebab kilang ni potong memang cun² aje. Ketepatan dia ikut mm, sebab saya minta. Macam pasang kabinet pasang siap aje cuma nak design dia kita buat sendiri dan lubang skru tebuk sendiri.
Letakkan dahulu nak tengok kedudukan sebelum beralih kepada proses seterusnya iaitu mengangkat frame untuk atas pula.
Settle sudah mengangkat frame letak diatas chipboard ni. Boleh tahan berat nak angkat satu chipboard ni. Ruang baju bawah tu open je sebab bajet. Tepi pula saya buat memanjang ke bawah untuk gantung jubah.
Besi penyangkut beli di hardware. Bracket dan skru dari eco aje. Pastikan letakkan silikon juga setiap bucu dari dalam.
Tapak 3" hasil dari papan yang di susun menegak. Saya letak 3 keping lagi dalam tu untuk support.
Pasang pintu ni yang azab sikit. Nak bagi sama susah betul. Boleh putus asa di buatnya namun untuk yang ada pengalaman ok kot.
Kod warna 3101 hamlet ok. Kemasan abs ni mmg mantap. Tombol yang paling murah aje.
Contoh lukisan utk potong, lubang hinges, abs. kita faham dia faham ok je.
Permukaan asal dibiarkan sahaja tapi saya gosok dengan non woven disc . Senang pakai grinder je dia makan pun tak banyak macam flap disc. Hasilnya permukaan macam kulit baby.
Kemasan meja solek guna rubber wood. Order custom dari shopee sebab chipboard dah guna habis.
Kerusi beli di shopee bini pilih. Cermin tu dari set yang lama. Saya order kayu lebih dan skru kan aje supaya matching dengan kabinet.
Inilah dia hasil akhir DIY kabinet baju yang digunakan bahan kayu. Bermodalkan hanyalah RM1.2k sebenarnya sangatlah berbaloi kerana murah berbanding mengupah orang.
Sumber : Mohd Zalman