Sebut tentang grand mirror rata-rata penggemar dekorasi rumah memang cukup mengenalinya. Mana tidaknya, grand mirror ini mampu membuatkan sesebuah rumah itu lebih menarik dan high style. Jadi perkongsian kita untuk hari ini adalah dari saudara Abdul Hakim Aziz. Perkongsiannya adalah mengenai diy "grand mirror" ruang makan hanya guna casing cable pvc.
Rumah yang cantik dan kemas sudah pasti dimiliki oleh pemilik rumah yang menjaganya dengan baik. Untuk memastikan rumah anda sentiasa nampak kelihatan menawan anda perlu sentiasa menjaganya dengan teliti. Itu adalah perkara biasa bagi setiap pemilik rumah.
Selain itu. Kreativiti pemilik rumah dalam mendekorasikan rumahnya juga menjadi perkara penting dalam sesebuah rumah. Bukan setakat dapat menjimatkan kos tetapi anda sendiri mampu mendekorasikan rumah anda mengikut kehendak anda. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsiakan ini.
Bahan - bahan :
1. Cermin kedai DIY 30cm x 40cm = 15 unit.
2. Casing cable pvc 40mm x 16mm = 14 unit.
3. Filler dan kertas pasir.
4. Gam extra seal kedai DIY.
5. Cat Dulux ambience pearl glo (horizons).
Cermin yang digunakan adalah cermin kedai DIY 30cm x 40cm RM10.50 seunit. Kalau rajin, buka frame satu satu dan buat frame guna wainscoting.
Casing cable PVC 40mm RM3.00 sebatang (6 kaki panjang)
Cat dulux, cantik, tak berbau dan nice.
Bahagian ruang dinding untuk dipasang grand mirror tersebut.
Langkah pertama ukur dan design duhulu dalam autocad dan sketch dekat dinding.
Apabila semua sudah di design dan dilakar, teruskan dengan proses penampalan cermin.
Perkara penting dalam melakukan proses ini adalah anda perlu pastikan untuk menampal masking tape supaya cermin tersebut tidak turun.
Cara tampal seperti yang tertera dibawah.
Proses penampalan sudah siap. Pastikan cermin disusun dalam keadaan betul.
Langkah seterunya adalah anda perlu tampal filler pada penyambungan dan guna kertas pasir bagi memastikan permukaan kelihatan smooth.
Setelah semua langkah diatas selesai. Seterusnya pula adalah proses mengecat.
Ini adalah hasil yang sudah siap. Cantik bukan?
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda mendekorasikan rumah supaya kelihatan cantik berseri dengan adaya grand mirror ini.
Untuk mendapatkan barangan seperti yang digunakan diatas. Boleh tekan klik pada bahagian bawah yang disediakan ini.