DIY "Grand Mirror" Ruang Makan Guna Cermin Kedai Eco

Ditulis oleh

Sebut tentang grand mirror rata-rata penggemar dekorasi rumah memang cukup mengenalinya. Mana tidaknya, grand mirror ini mampu membuatkan sesebuah rumah itu lebih menarik dan high style. Jadi perkongsian kita untuk hari ini adalah dari saudara Abdul Hakim Aziz. Perkongsiannya adalah mengenai diy "grand mirror" ruang makan hanya guna casing cable pvc.

Rumah yang cantik dan kemas sudah pasti dimiliki oleh pemilik rumah yang menjaganya dengan baik. Untuk memastikan rumah anda sentiasa nampak kelihatan menawan anda perlu sentiasa menjaganya dengan teliti. Itu adalah perkara biasa bagi setiap pemilik rumah.

Selain itu. Kreativiti pemilik rumah dalam mendekorasikan rumahnya juga menjadi perkara penting dalam sesebuah rumah. Bukan setakat dapat menjimatkan kos tetapi anda sendiri mampu mendekorasikan rumah anda mengikut kehendak anda. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsiakan ini.

DIY "Grand Mirror" Ruang Makan Hanya Guna Casing Cable Pvc :

Bahan - bahan :
1. Cermin kedai DIY 30cm x 40cm = 15 unit.
2. Casing cable pvc 40mm x 16mm = 14 unit.
3. Filler dan kertas pasir.
4. Gam extra seal kedai DIY.
5. Cat Dulux ambience pearl glo (horizons).

Cermin yang digunakan adalah cermin kedai DIY 30cm x 40cm RM10.50 seunit. Kalau rajin, buka frame satu satu dan buat frame guna wainscoting.

deco rumahCasing cable PVC 40mm RM3.00 sebatang (6 kaki panjang)

deco rumahCat dulux, cantik, tak berbau dan nice.

deco rumahBahagian ruang dinding untuk dipasang grand mirror tersebut.

deco rumahLangkah pertama ukur dan design duhulu dalam autocad dan sketch dekat dinding.

deco rumahApabila semua sudah di design dan dilakar, teruskan dengan proses penampalan cermin.

deco rumahPerkara penting dalam melakukan proses ini adalah anda perlu pastikan untuk menampal masking tape supaya cermin tersebut tidak turun.

deco rumahCara tampal seperti yang tertera dibawah.

deco rumahProses penampalan sudah siap. Pastikan cermin disusun dalam keadaan betul.

deco rumahLangkah seterunya adalah anda perlu tampal filler pada penyambungan dan guna kertas pasir bagi memastikan permukaan  kelihatan smooth.

deco rumahSetelah semua langkah diatas selesai. Seterusnya pula adalah proses mengecat.

deco rumahIni adalah hasil yang sudah siap. Cantik bukan?

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumah

deco rumahItu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda mendekorasikan rumah supaya kelihatan cantik berseri dengan adaya grand mirror ini.

Untuk mendapatkan barangan seperti yang digunakan diatas. Boleh tekan klik pada bahagian bawah yang disediakan ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 23, 2021
Dikemaskini pada
Februari 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram