DIY Frame Kufi Bajet Untuk Dekorasi Rumah Serendah RM30

Ditulis oleh

Jika bercerita tentang frame kufi ini. Boleh dikatakan semua orang mengenalinya. Biasanya frame kufi ini orang hanya membelinya tetapu tidak salah jika anda cuba untuk membuatnya sendiri. Jadi perkongsian kita pada kali ini adalah dari Myrah CR mengenai diy frame kufi bajet untuk Dekorasi rumah.

Bagi yang tidak tahu apa itu frame kufi. Frame kufi adalah tulisan khat atu kaligrafi yang kini lebih popular sebagai seni khat atau kaligrafi. Nama yang lebih mudah diingnati adalah khat kufi.

Kalau diikutkan harga untuk satu set frame kufi ini boleh dikatakan dalam lingkungan 300 keatas. Mesti ada yang tidak mampu untuk membelinya kan? Jom sama-sama kita saksikan diy yang dilakukan olehnya dibawah ini.

DIY Frame Kufi Bajet Untuk Dekorasi Rumah :

 

No photo description available.Bajet yang dikeluarkan adalah :

  • Kayu (dapat belakang rumah).
  • Banner RM 28.00 (satu kaki RM2.00)
  • L bracket RM2.00.
  • Screw RM2.00.
  • Total bajet ialah RM32.00

Bahan-bahan:

  • Kayu (agak-agak size frame)
  • Banner (tempah dekat kedai 1 kaki RM2.00) ada yang murah.
  • L bracket(beli dekat kedai eco RM2.00)
  • Screw

Alatan:

  • Stapler gun
  • Drill (ataupun screwdriver)
  • Gunting

Langkah-langkah :

  1. Potong kayu ikut size frame yang dikehendaki.
  2. Ukuran saya 1.5 kaki X 1.5 kaki.(2 unit), 1.5kaki X 2.5 kaki.)
  3. Sambungkan kayu guna L bracket pada setiap kayu untuk membentuk frame korang.
  4. potong banner yang ditempah, lebihkan sedikit agak-agak untuk bahagian belakang.
  5. Stapler banner dibahagian belakang frame yang korang bentuk tadi.
  6. Jangan lupe tegangkan dahulu sebelum anda stapler.
  7. Dan siap. Boleh la anda gantung dekat dinding.

Kayu ni di potong oleh suami supaya kelihatan cantik.

No photo description available.L bracket bagi yang tak tahu. RM2.00 beli dekat eco.

No photo description available.Banner yang designer printkan.

No photo description available.Sambungkan kayu guna screw dan L square tu.

No photo description available.Kayu yang sudah siap pasang dan sambung.

No photo description available.Selepas itu anda perlu staplerkannya kemas-kemas.

No photo description available.Inilah hasil yang telah siap.

No photo description available.Untuk dekorasi kufi ini anda perlu ikut kreavtiviti masing-masing.

No photo description available.Itu sahaja  perkongian kita untuk hari ini. Diharap dapat memberi manfaat kepada anda.

Baca juga : Tips & Cara Pasang Lantai “Vinyl” Viral Secara DIY Dengan Betul

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 27, 2021
Dikemaskini pada
Februari 27, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram