DIY "Floating Shelf" Khas Untuk Dekorasi Rumah

Ditulis oleh

Sesetengah rumah akan adanya rak terapung ini yang dipanggil "floating shelf". Tujuan rak terapung ini ada ialah salah satunya untuk memaparkan beberapa barangan kita untuk dilakukan sebagai dekorasi rumah.

Jika anda menginginkan rak terapung ini, sebenarnya ia boleh dilakukan secara DIY sahaja. Anda tidak perlu susah payah untuk keluarkan duit untuk mengupah orang membuatnya. Untuk mengetahui cara untuk diy floating shelf ini boleh ikuti cara yang dilakukan oleh Nasrul Nizam ini.

Beliau telah berkongsikan tentang cara-cara untuk membuat DIY "floating shelf" ini didalam media sosial Facebook. Hanya memerlukan beberapa barangan sahaja untuk membuatnya. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki Kongsi Cara Untuk Membuat DIY "Floating Shelf"

Kami tahu anda dah mula kebosanan. Oleh tu kami berkongsi cara membuat floating shelf untuk anda isi masa lapang bagi menghilangkan kebosanan anda. Penjelasan ada pada setiap gambar.

Barang Yang Diperlukan :-

Cara Untuk DIY Floating Shelf

1. Untuk projek ni, belikan apa-apa kayu. Anda boleh beli di Shopee. Saya guna ini ialah kayu blockboard. Tidak semestinya kayu blockboard. Kita start dengan membuat bentuk kotak. Satu side (bahagian belakang) biarkan kosong terbuka untuk letak kayu support nanti.

DIY Floating Shelf

2. Buatkan kayu support macam ni. Perlu guna skru pnjg sikit untuk skru atau paku.

DIY Floating Shelf

3. Rupanya nanti akan jadi macam ni. Bahagian kayu support yang berbentuk T tu akan diikat ke dinding. Lepas tu slot je box masuk. Akan nampak floating la nnti.

4. Seterusnya, dapatkan hpl atau formica. Gam pada hpl dan kayu, tuggu gam kering boleh la tampal. Buat bahagian sisi dulu supaya terlindung nanti bahagian sambungan hpl tu nanti.

5. Next, start pasang support frame ke dinding. Guna skru nylon 8mm x 3inch untuk lebih kukuh. Kemudian, slot je box tu masuk. Skru bahagian bawah dan depan untuk pegang box dengan support yang dah pasang tu.

DIY Floating Shelf

Hasil Akhir Floating Shelf

Inilah dia hasil yang dah siap. Belum cuci lagi ni. Nanti cuci lebihan gam dengan thinner, deco2 baru merecik. Nak menyapu bawah pun senang kan.

Ni rupa floating shelf apabila gambar diambil dari jauh. Saya buat shelf ni 8kaki panjang.

DIY Floating Shelf

Sumber : Nas Furnitures

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 4, 2021
Dikemaskini pada
Julai 4, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram