DIY Farmhouse Decorative Tier Tray Guna Pinggan Melamine

Ditulis oleh

Bukan semua orang diberi kelebihan dalam melakukan pertukangan dengan cara diy. Jadi jika anda mempunyai kelebihan sebegitu tidak salahnya anda cuba lakukan projek diy sendiri bagi menghasilkkan satu kraf yang kreatif dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Norpadilah Binti Afandi. Perkongsiannya pula adalah mengenai diy farmhouse decorative tier tray guna pinggan melamine.

Jom ikuti perkongsian diy yang sangat kreatif dan menarik ini.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray Guna Pinggan Melamine

 

Memenuhi permintaan kawan-kawan yang pm kita nak diy tier tray farmhouse ini dalam versi bajet. Baik.

Tapi bahan yang ada dalam simpanan kita sesuai untuk dua tingkat sahaja ya.

 

Bahan : 

  1. Pinggan melamine kedai Eco shop.
  2. Kayu spindal terpakai (Dari almari lama, ini kalau tak ada boleh sahaja ganti dengan apa-apa kayu yang sesuai atau cawan-cawan hadiah kenduri yang tinggi dan cantik tu eh).
  3. Pemutar skru cordless.
  4. Gam hot glue gun.
  5. Spray paint atau cat ikut pilihan warna masing-masing.

Ini adalah peralatan yang digunakan bagi menghasilkan projek diy ini.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Pasang mata penebuk lubang ini pada cordless.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Lepas tebuk lubang pada dua-dua pinggan, skru pinggan dengan kayu jadikan dua tingkat.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Gamkan kayu hiasan atas pinggan.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Siap gini.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Spray atau cat ikut selera masing-masing.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Untuk nampak sedikit rustic kita conteng sahaja tebing-tebing pinggan dan batang kayu dengan pen marker sharpie.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Okay siap.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian diy kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan projek diy seperti yang dilakukan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 28, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 28, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram