Siapa disini mempunyai impian untuk membuat dekorasi "ironwall" dirumah namun terhalang kerana kos ironwall adalah tinggi dan melebihi bajet anda? Semestinya anda harus melupakan hasrat tersebutkan? Jangan sedih kerana anda boleh DIY sahaja "ironwall" tersebut.
Seorang wanita yang bernama Raden Eyranie ini telah berkongsikan beberapa dekorasi "ironwall" beliau didalam laman Facebook. Dekorasi tersebut hanyalah secara DIY dan beliau menyatakan kos untuk membuat diy ironwall ini tidak sampai pun RM100
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat ironwall ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan diakhir artikel ini. Jom kita tengok.
Saya share kay sini. Kot ada yang nak cuba buatkan.Asalnya nak cari IronWall tapi tak ada jumpa lagi yang mampu milik. So boleh la try yang ni
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Kiraan semua barang adalah sebanyak RM80.
Barang2 tangkai daun beli kat KAISON + frame beli kat MR DIY size A4
Spray guna Warna Silver & Gold utk bg 2 tone color (Beli kat MR DIY)
PROSES PENGHASILAN DIY DINDING DAUN PLASTIK
Benda ni senang nk gantung sbb ringan sgt2. Kami gantung guna hook biasa je. Tapi nak bagi sekata, hook tu spray kan sekali dgn warna gold
HASILNYA
Selepas siap mengecat dan semuanya, bunga ini digantungkan di dinding menggunakan hook sahaja. Anda tidak perlu pasal berat kerana bunga ini amat ringan.
Tadaaa!!!!! Dah siap pun DIY ironwall kita ni. Tidak perlu keluarkan duit yang mahal2 untuk beli ironwall ini sedangkan anda boleh DIY sahaja sendiri. Itu sahaja perkongsian daripada kami. Semoga anda dapat inspirasi untuk membuat diy ironwall anda sendiri.
Sumber : Raden Eryanie