Tandas yang berusia hampir 35 tahun penggunaannya ini memang wajib untuk anda tukarkan. Paling kurang pun anda hanya perlu untuk melakukan perubahan pada lantai tandas tersebut dengan diy cat lantai tandas dengan salutan epoxy kalis air.
Untuk melakukan salutan cat epoxy ini tidak perlu risau kerana lelaki yang bernama Shahzle Sam ini telah berkongsikan cara untuk mengecat lantai tandas tersebut didalam facebook beliau. Menurut beliau lagi, bajet untuk melakukan diy ini hanya dibawah RM150 sahaja.
Giler Deco ingin berkongsikan kepada anda yang ingin mengetahui cara yang betul dan juga bagaimana hasil akhir diy cat lantai tandas ini, jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Shahzle Sam ini.
WFH PROJECT TODAYTOILET FLOOR EPOXY WATERPROOF PAINT COATING (for heavy use toilet aged 35 years)
Total keseluruhan untuk melakukan diy ini adalah dibawah RM150. Lazada RM139.90 epoxy brand heavy duty. Boleh beli brand yang lebih bagus jika ada budget lebih.
Cara Untuk DIY Cat Lantai Tandas Epoxy Kalis Air
1. Grout tiles dulu untuk tutup segala lubang celah tiles yang ada. Mix dengan air je
2. Taburkan grout tiles di seluruh permukaan lantai tersebut.
3. Biarkan kering dalam tempoh sehari
4. Epoxy primer coating (biarkan kering dalam masa sehari). Kalau tak cukup kering tunggu lagi
5. Terus cabut tape selepas sapu epoxy supaya coating tak terkopek sekali.
6. Epoxy finish coating (ivory colour) + anti slip powder
Biarkan kering dalam masa sehari, kalau tak cukup kering tunggu lagi
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap dengan perkongsian ini, anda semua mampu untuk mengetahui cara untuk melakukan diy ini dan dijadikan sebagai inspirasi untuk melakukan dirumah anda.
Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Sumber : Shahzle Sam