DIY Cara Menukar Pintu Rumah Dan Tombol Pintu. Menarik Apa Yang Di Kongsikan Lelaki Ini!

Ditulis oleh

Mesti tidak ramai yang tahu kan? sebenarnya ingin menukarnya tidaklah begitu sukar kalau tahu cara betul untuk menukarkannya. Jadi perkongsian untuk hari ini ialah dari Mohd Sani Soid mengenai diy cara menukar pintu rumah dan tombol pintu.

Pintu boleh dibeli di kedai hardware jenis playwood harga rm80-100. jenis solid wood rm180-200. Ukuran adalah standard 34"x82" tetapi kalau nak ukuran lain kena tempah dulu dikedai hardware. Biasanya harga akan lebih 50%. Untuk langkah-langkah boleh rujuk gambar dibawah.

Diy cara menukar pintu rumah dan tombol pintu :

 

Image may contain: text that says "LOCK INST ATION KIT "G C 2 2% installs Yale Kwikest, ser, Schlage Daxter Weslock, Sargent, Sets HOLE SAW 2 1/8"(54MM) WOOD BIT 7/8"(22MM) 7/8" HOLE SAW MANDREL"Beli alatan drill dimana-mana kedai hardware, saya beli dekat Mr.DIY harga rm5 lebih sahaja cukup untuk buat diy, kalau profesional level lebih baik beli yang mahal dan berkualiti.

No photo description available.Ukur Jarak selak untuk kita lukis ukuran di pintu tempat kita nak tebuk atau drill nanti.

No photo description available.Ukur sekali lebar atau diameter mata drill yang bulat besar untuk pasang tombol tu.

No photo description available.Setelah siap dipasang pintu baru, boleh ukur dan lukis atau tanda berpandukan dari lubang selak yang sedia ada, hasil lebih kurang mcm ni. Yang paling penting adalah nak tentukan titik tengah itu untuk kita tebuk nanti.

Image may contain: text that says "SELAK"Sama jugak bahagian tepi, dapatkan titik tengah untuk kita tebuk nanti.

No photo description available.Mula tebuk lubang tombol berpandukan titik tengah. Jika pintu tebal, tebuk separuh dan berhenti, kena korek keluar isi kayu di dalam, sebab mata drill tak cukup panjang nak tembus, jadi proses tebuk kena buat 2 kali, tak boleh sekali harung nak tebuk.

Setelah selesai tebuk lubang tombol, tukar mata drill untuk lubang selak, dan mula tebuk dari titik tengah juga.

No photo description available.Setelah siap, hasil seperti ini. Kelebihan kerja kayu, tak perlu terlalu precise ukuran dan hasil kerja, sikit-sikit lari atau senget nanti kita boleh adjust.

No photo description available.Pasang tombol pintu, mula dari luar bahagian yang ada lubang anak kunci.

No photo description available.Pusingkan bahagian untuk sangkut lock.

No photo description available.Masukkan selak dari tepi, tekan selak untuk hook keluar dan masuk bahagian lock tombol.

No photo description available.Lock dah masuk dalam hook tombol, jadi boleh teruskan pasang semua bahagian-bahagian tombol pintu. Proses selepas ni semua sudah mudah, kalau taktau atau tak pernah buat, hanya rujuk pada manual tombol yang baru dibeli.

No photo description available.Dah siap dan sudah boleh cat pintu.

No photo description available.Inilah hasil yang sudah siap.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba memasangnya sendiri dirumah nanti.

Baca juga : 20 Dekorasi Tempat Tidur Yang Menarik Untuk Kucing Kesayangan Anda!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 21, 2021
Dikemaskini pada
Januari 21, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram