DIY Baiki Kipas Berdiri Yang Slow Menjadi Laju

Ditulis oleh

Siapa disini pernah perasan bahawa kipas berdiri kita yang dibeli tidak sampai setahun tetiba menjadi perlahan dan tidak laju? Padahal masa awal-awal beli laju dan ringan jer nampak. Nak kata dah berdebu tapi semua dah dibersihkan. Pening kan? Sebenarnya anda boleh diy baiki kipas berdiri yang slow menjadi laju.

Nak baiki kipas tapi kos baiki mahallah pula.  Jadi, solusinya adalah anda perlu membaiki kipas ini secara DIY supaya kipasnya dapat kembali kepada kelajuan asal. Apa yang memudahkan lagi ialah kos yang anda perlu tanggung tidaklah sebanyak apabila hantar ke kedai.

Menurut daripada perkongsian twitter Lutfy Hady, beliau telah berkongsi beberapa DIY baiki kipas berdiri yang slow menjadi laju seperti asal beli daripada kedai. Ini adalah beberapa langkah yang anda boleh ikut.

Langkah-Langkah DIY

 

1. Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia smpi terbuka penutup depan tu.

Kipas Berdiri Yang Slow Menjadi LajuKipas Berdiri Yang Slow Menjadi Laju

2. Cabut telinga sebatang yg bagi kipas teleng dgn stay tu. Mcm kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang2 ada jenis kena bukak skru dalam tu.

3. Bogel kan dia cmni dn boleh nmpk kotak hitam(capasitor).

Kipas Berdiri Yang Slow Menjadi LajuKipas Berdiri Yang Slow Menjadi Laju

4. Haa yang ni kena pi kedai hardware elektrik/lampu. Mcm saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yg lama sikit boleh beli value lebih sikit. Aku beli 2.0uF. Jgn beli lebih bnyk, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.

Kipas Berdiri Yang Slow Menjadi Laju

6. Macam ni aku malas nk bukak banyak part sebab nk kena bukak pakai nut, penutup besi tu.

7. Memandang kan benda tu dh ada di luar, so aku kerat terus dan solder dgn capasitor baru.

ImageImage

8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ni aku pakai apa yang ada saja. Solder dgn timah tu semua beli kat kedai eco rm2.

9. Siap semua skru balik mcm asal.

ImageImage

Jadi kesimpulanya, apa yang kita buat:-

1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
2.Replace dia ikut tips kt atas
3.Pasang semua balik. Selesai !

Sememangnya perkongsian yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Giler Deco berharap anda dapat mempelajari sedikit ilmu daripada perkongsian beliau ini. Selamat maju jaya semua.

Sumber : Lutfy Hady

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 12, 2021
Dikemaskini pada
Januari 12, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram