DIY "Accent Wall" Selama 4 Hari Bermodalkan RM200 Sahaja

Ditulis oleh

Cuba tengok dinding dirumah anda adakah dinding utama di dekorasi dengan cantik? Jika tidak, apa kata anda cuba buat DIY "Accent Wall" ini. Dinding utama merupakan titik tumpuan untuk tetamu yang datang berkunjung kerumah kita.

Rekaan dan juga warna untuk dinding utama dirumah kita juga perlu berlainan agar ia berbeza dengan bahagian dinding rumah yang lain. Barulah tetamu akan kagum dengan  dekorasi dinding dirumah kita ini.

Jika anda ingin tahu bagaimana untuk DIY "Accent Wall" yang lawa, Fuad Abdul Rani telah berkongsikan bagaimana untuk lakukannya.  Bagi beliau, ia cuma memerlukan 4 hari sahaja untuk siapkan accent wall tersebut dengan bajet hanya RM200 sahaja.

DIY Accent Wall Bermodalkan RM200

Kurang 7 hari sebelum syawal tiba, saya dan isteri bersepakat untuk menceriakan mood kami yang akan menyambut hari raya buat pertama kalinya dalam sejarah beraya di Melaka. Inilah definisi sebenar Wawasan 2020 rupanya. Semua orang tak boleh balik beraya.

Ok, langkah pertama adalah mencari info dari group deko-deko di FB, Pinterest dan Google. Sebelum ni banyak kali dah aku tengok orang dok post deme punya hasil wainscotting (tah betul ke tidak eja gitu). Lawa semuanya, tapi bila terlalu ramai buat benda yang sama, aku jadi tak minat. Jadiiii kena laa aku buat benda lain sikit iaitu 'accent wall'.

Untuk penerangan langkah kerja satu persatu, sila rujuk gambar-gambar yang dilampirkan.

Penerangan Langkah Kerja

DAY 1

Barang-barang yang diperlukan.

1. Kayu saiz 5/8″ x 1 1/2″ (1cm x 3cm) = RM60

Satu batang 10′. Aku beli 15 batang untuk 150′. Main agak je ni, ingatkan terlebih, rupanya ngam-ngam. Kayu ni dah siap ketam, tapiii tak berapa nak sempurna, ada yang OK lurus, ada jugak yang meleding.

2. Adhesive Sealant jenama X-Bond (Gam Kayu) dan Acrylic Latex jenama V-tech (Sealant) = RM40

Dalam gambar ada 3 gam kayu dan 2 sealant. Bila dah mula projek, gam kayu tu pakai 2 tiub je, yang lebih tu aku pergi tukar ambik sealant sebab tak cukup 2 tiub. Mujur apek hardware Malim tu ok.

3. Kertas pasir 2 keping = RM0.40

4. Cat ICI Dulux = RM95

5. Lain-lain barang semua memang aku dah ada, yang takde dalam gambar cuma penukul dan paku. Konfiden tinggi takyah guna paku langsung sebab gam dah kuat. Tapiii rujuk balik point No.1 aku cakap tadi kayu ada yang meleding, memang taklah nak harap gam tu je. Kena la paku jugak beberapa tempat.

DIY Accent Wall
Petang pergi cari barang-barang, malam tu gigih terus aku nak siapkan kononnya. Gila semangat. Dapat la buat frame keliling bahagian dinding tu. Kiri tu gambar sebelum, kanan gambar selepas.
DAY 2

Sebelum mula kena la sketch dulu ye dok. Jadi selepas sesi tolak tambah bahagi darab, dapat laa ukuran lebih kurang dekat gambar kiri tu.

Gambar yang kanan tu pulak cara untuk cari panjang segitiga. Gunalah formula Teorem Phytagoras ye tuan dan puan.

DIY Accent Wall
Selepas ada ukuran, bolehlah kita potong kayu menggunakan gergaji seperti di dalam gambar sebelum ni. Power gergaji tu, beli RM5 je dekat Pasaraya COWBOY Cheng.
Cara nak lekatkan gam kayu tu buat la bentuk apa yang anda minat. Seeloknya buat laa zig zag, lagi kuat mencengkam dekat dinding.
Selesai untuk kerja hari ke-2. Babah dia dah mula sakit kaki dok naik turun tangga. Dengan puasanya di siang hari, Allahuuuuu tobat lahum nak buat lagi lepas ni time puasa.
DAY 3

Masuk hari ke-3. Ingatkan semalam punya proses dah teruk, rupanya harini punya proses lagi memenatkan. Keliling celah kayu kena sumbat dengan sealant. Tak sumbat tak cantik pulak nanti ada rongga-rongga degil mencacatkan pemandangan.

Cara nak sumbat benda ni mula-mula kena laa picittttt dulu sealant dekat celahan tepi kayu-dinding, lepastu teruss cepat-cepat sapu guna jari.

Lepas dah selesai sumbat semua celahan. Boleh lah gosok kayu dengan kertas pasir jenis halus. Jangan lupa tutup mata dan hidung seperti model dibawah
DAY 4
Hari terakhir naik turun tangga. Kerja paling mudah untuk seorang tukang cat yang berwibawa. Langkah pertama cat dulu kayu dan semua bucu menggunakan berus. Bila dah kering, baru gelek dengan roller cat saiz sederhana.
Selesai sudah. Inilah dia hasil DIY Accent Wall yang selesai dilakukan.
DIY Accent Wall
DIY Accent Wall
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 4, 2021
Dikemaskini pada
Mei 4, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram