Sudah pasti ramai dikalangan pemilik rumah sudah mengenali apa itu accent wall. Accent wall boleh dikatakan begitu popular pada masa kini. Hal ini kerana pemilik rumah pada masa kini memang meminati konsep rumah yang menggunakan accent wall dan wainscoting dinding rumah. Perkongsian kali ini adalah dari Jae Jung Suh. Perkongsiannya adalah mengenai Diy accent wall herringbone guna "vinyl floor".
Kebiasaannya pemilik rumah menggunakan kayu dan peralatan yang berkaitan untuk melakukan diy accent wall ini. Tetapi, pada kali ini pemilik rumah melakukan kelainan dengan menggunakan vinyl floor untuk dinding rumahnya itu.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.
Lama sudah nak buat accent wall Herringbone pattern ni. dan secara tiba-tiba dunia dilanda pandemik Covid19. You know the deal kan?
Kalau nak guna real wood macam mahal sangat kan? jadi guna sahaja vinyl flooring ni. anda semua jangan ingat vinyl floor untuk lantai saja tau. Tapi nak patah jugalah pinggang sebab buat seorang diri kan. Nanti sudah siap sepenuhnya kita kongsi lagi ya.
Kalau rasa tak yakin dengan pelekat vinyl anda boleh sahaja improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring).
Ini adalah jenis vinyl floor yang digunakan. Jenis yang digunakan adalah herringbone.
Link Shopee vinyl floor jika anda berminat untuk membelinya :
Jumlah yang digunakan 1 kotak dan ada 36 keping. Selepas itu tambah 4 keping. Bilik ini, Bilik no 3, bilik kecil. Nak Selamat anda kena sediakan 2 kotak lebih kurang.
Bilik selepas dipasang accent wall vinyl floor herringbone.
Gambar lain bahagian bilik selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda dalam mencari inspirasi dalam melakukan diy accent wall. Selamat mecuba. Untuk yang mencari dekat mana nak beli vinyl floor boleh lihat dibawah ini.