Sebuah pasangan suami isteri ini telah meninggalkan rumah mereka untuk berpindah ke tempat yang baharu. Rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain selama 4 tahun. Sekarang, Nuradibah Mazlan dan suaminya telah kembali ke rumah lama mereka dan terkejut melihat keadaan rumah lama mereka.
Keadaan sangat bersepah dan dinding rumah pula teruk ditinggalkan oleh penyewa terdahulu. Banyak kesan stiker dan juga selotape pada dinding. Jadi, setelah melihat keadaan rumah sebegitu, beliau bertekad untuk melakukan dekorasi terhadap rumah sendiri yang telah berpisah selama 4 tahun.
Rasa teruja dapat duduk rumah sendiri semula setelah 4 tahun sewakan pada org.. Sebelum ni 4 tahun ikut suami bertugas di sabah baru sebulan dapat balik ke rumah sendiri. Lama dah ngidam nak deco2 rumah sendiri ni akhirnye termakbul juga.
Alhamdulillah. Tak siap deco 100% pun lagi ni sebenarnye tapi excited nak share jugak. Sape yang lama duk kuarters tetibe dapat balik umah sendiri mesti paham perasaan ni.
Keadaan Rumah Yang Ditinggalkan Penyewa
Sebelum, rosak dinding penyewa dibuatnya.
Bahagian dapur yang sebelumnya. Ada niat nak suruh laki sambung kitchen cabinet tuk letak oven. Mata berkelip laju bile sampaikan niat yang diinginkan.
Dekorasi Rumah Sendiri Setelah Terpisah Selama 4 Tahun
Bahagian ruang tamu dimana tempat untuk tengok tv bersama-sama dengan family tersayang.
Bahagian dapur yang telah diubahsuai agar nampak lebih moden.
Side table dan kepala katil warna dah kusam, Jadi kita cat warna putih baru kasi kembali berseri dan nampak sikit macam baru.
Diomand mirror tu baru siap tampal. Niat asal memang tak mahu letak frame sebab tu tak beli frame tapi dah siap tampal rasa letak frame gold lagi cun.
Bilik anak dara, tambah kelambu jadikan ala2 princess giteww
Bilik anak bujang simple je takkan nak tambah lampu kelip2 jugak.
Sumber : Nuradibah Mazlan