"Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih". Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada pasangan suami isteri ini yang melakukan sebuah dekorasi rumah secondhand yang dibelinya. Melalui perkongsian daripada Nordiyana Nordin ini, beliau menunjukkan gambar sebelum dan selepas dekorasi rumah tersebut dilakukan.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam sebuah grup Facebook yang bernama Deco Rumah Cara Jimat. Dekorasi rumah tersebut yang bertemakan warna sangat cantik dan menarik kuning mustard ini menarik perhatian ramai orang.
Jom kita tengok perkongsian daripada Nordiyana Nordin dan suaminya dalam melakukan dekorasi rumah secondhand hasil daripada mereka berdua.
Daripada rumah secondhnd bertukar menjadi sebuah syurga keluarga kecil kami. Zero renovation daripada luar. Semua deco hasil kerja kami laki bini. Kata susah senang bersama kannn
Tapi kitchen cabinet tu dah sedia ada owner lama install, just cantikkan dengan shining wallpaper settled. Counter bar juga sama, just tampal wallpaper juga. Pintu setiap bilik tu saje ubah biar berseni sikit jadi accent door. Vinyl floor baru pasang lepas 15hb ogos ritu sempena setahun usia kami duk rumah ni, kira 1st birthday la sebab masuk 15 ogos 2020
Rupa Keadaan Rumah Secondhand Yang Asal
Inilah dia keadaan rumah asal apabila berpindah kesini. Alang-alan kosong ni memang senang kerja untuk lakukan dekorasi mengikut kemahuan yang diinginkan.
Ini merupakan proses mengecat dibahagian ruang tamu rumah ini dengan bertemakan warna kuning. Tak sempat ambil gambar proses yang lain, ini jer yang dapat diambil.
Hasil Dekorasi Rumah Yang Dilakukan Oleh Pasangan Ini
Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir dekorasi rumah secondhand kami yang dilakukan bersama. Tidak kisah walaupun cuma rumah secondhand namun yang penting kami sekeluarga mempunya tempat untuk berteduh.
Sumber : Nordiyana Nordin