Membeli sebuah rumah dengan ruangan yang memanjang sememangnya sesuatu yang menguntungkan. Tidak banyak rumah di Malaysia ini mempunyai rekabentuk ruang memanjang ini. Macam yang dikongsikan oleh Fifi Sufi ini, beliau telah membeli sebuah rumah dengan rekabentuk ruang yang memanjang namun masih tidak tahu cara untuk lakukan dekorasi.
Namun. selepas beliau berbincang dengan suami tercinta. Akhirnya dekorasi rumah memanjang tersebut telah dilakukan dan terhasilnya sebuah dekorasi yang cantik. Anda ingin melihat hasil dekorasi tersebut? Jom kita tengok perkongsian daripada Fifi Sufi ini.
Alhamdulillah syukur. Tunggu rezeki lain, lain yang Allah beri. Rezeki 2021 utk kami sekeluarga.
1st dapat kunci tengok rumah alahai macam mana nak deko rumah straight macam ni.
So decide dengan husband kat buat open concept je. Janji dapur kemas dan bersih. Hasil cedok mencedok group deko maka terhasillah rumah yang simple janji selesa.
Dekorasi Ruang Rumah Memanjang Yang Sangat Simple
Ruangan rumah memanjang yang belum dilakukan apa-apa jua dekorasi yang menarik. Masa ni tak tau nak buat apa pada mulanya.
Hasil Dekorasi Yang Dilakukan Ini
Inilah dia hasil deko yang dilakukan untuk ruang tamu rumah memanjang saya ini. Yang pertama saya inginkan adalah penggunaan warna kuning ala-ala Yellow Mustard. Sebab saya merupakan peminat warna kuning.
Ramai yang bertanya apa barang-barangan yang dilakukan untuk menjayakan dekorasi ini. Jadi, untuk memudahkan kerja anda semua yang tak perlu search satu-satu barang ni. Saya ada listkan barang yang saya beli. Semuanya saya beli di Shopee.
Sumber : Fifi Sufi