Mempunyai rumah sendiri semestinya merupakan impian kepada sesiapa sahaja. Dengan adanya rumah sendiri pastinya rasa sangat beruntung dan bahagia dibandingkan dengan menyewa apa-apa rumah sewa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh buat apa sahaja yang anda inginkan.
Macam yang dikongsikan oleh pasangan ini. Lelaki yang bernama Sham Penang dan isterinya akhinya dapat membeli rumah sendiri setelah hampir 4 tahun duduk menyewa. Mereka berkongsikan beberapa gambar dekorasi rumah kondo mereka setelah memasuki rumah baru mereka.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam media sosial Facebook. Ia menunjukkan beberapa keping gambar sebelum dan selepas pasangan itu membuat dekorasi rumah kondo tersebut. Jom kita tengok hasil dekorasi yang dilakukan oleh pasangan ini.
Alhamdulillah…saya dan isteri Leeza Kudrow kongsikan sedikit dekorasi sebelum dan selepas rumah kami. Empat tahun duduk menyewa
Akhirnya dapatlah rumah sendiri. Maaflah posting saya ada di beberapa grup deko, sekadar kami berkongsi idea/susun atur hiasan rumah saja.
Bahagian Ruang Tamu
Kita mulakan terlebih dahulu dengan bahagian ruang tamu. Inialah dia rupa awal-awal apabila pindah kerumah baru ini. Banyak kerja hendak dilakukan. Namun, selepas selesai semua sangat puas hati.
Masih dalam proses lagi. Ini adalah apabila ingin membuat rak tv namun perlu melakukan sedikit wayaring.
Inilah dia hasil ruang tamu kami ini.
Bahagian Makan Grand Mirror
Bahagian grand mirror kami. Disebabkan benda ni viral sangat, jadi kami pun lakukannya juga. Memang nampak cantik sangat.
Bahagian Ruangan Dapur
Bahagian ini telah pun ada dengan perabot warna hijau. Jadi, kami kekalkan warna tersebut dan cuma melakukan penambahan pada bahagian lampu, sinki dan tempat memasak.
Inilah dia antara gambar awal-awal apabila memasuki kerumah kondo ini. Bersepah tu biasalah apabila first time masukkan.
Bahagian Pintu Hadapan
Bahagian depan pintu ni nampak kosong sangat. Jadi, apa kata kita tambah sedikit rak kasut sebab banyak sangat koleksi kasut.
Bahagian Bilik Tidur
Tempat untuk kami tidur semestinya perlu dihiasi dengan cantiknya.
Sumber : Sham Penang