Dekorasi pada bahagian ataupun ruangan dapur ini sememangnya merupakan bahagian yang perlu ada untuk setiap rumah. Ia bertujuan untuk kita dapat memasak dengan tenang dan juga dapat menikmati keindahan dekorasi ruangan tersebut.
Setiap perempuan sudah pastinya inginkan sebuah dapur yang kemas dan bukannya dapur yang berselerak dan tidak terurus. Jadi, melakukan dekorasi pada dapur merupakan idea yang terbaik. Nak lagi cantik dan jimat, semua barangan dekorasi itu hanya dibeli di Shopee sahaja dengan harga yang murah.
Jom kita tengok perkongsian daripada Syazwani Derani yang berkongsikan hasil dekorasi ruang dapur yang dilakukan hanya menggunakan barang shopee sahaja.
Ingin berkongsikan beberapa gambar dekorasi pada bahagian ruangan dapur saya ini. Deko simple-simple sahaja asalkan sedap mata memandang. Banyak barang dari Shopee dan juga dikedai yang lain.
Semoga dekorasi ini dapat sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada yang ingin lakukan deko ruang dapur diluar sana.
Barang-Barang Shopee Yang Digunakan
Dekorasi Bahagian Dapur Yang Cantik
Inilah dia dekorasi bahagian dapur yang dilakukan oleh Syazwani ini. Dekorasi yang ringkas dan simple sahaja namun cantik dipandang. Dapur ini digabungkan dengan bahagian laundry.
Permandangan daripada sisi ruang makan. Dah macam ala-alam Open kitchen.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Semoga anda dekorasi ini dapat memberikan anda inspirasi jika ingin melakukan dekorasi pada ruangan dapur anda juga.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Syazwani Derani