Jika anda sedang mencari atau menginginkan sesuatu dekorasi bahagian ruang dapur, sudah pastinya anda menyukai dapur bertemakan "Old School" ini. Dekorasi ini sangat cantik sehingga ia menampakkan kecantikkan dan kekemasan dapur tersebut.
Dapur dengan dekorasi "Old School" ini dkongsikan oleh Celagi Kotej didalam sebuah grup Facebook bernama "Kelab Kaki Deco". Sebelum ini, beliau ada berkongsikan gambar dapur beliau yang belum dihias. Boleh tengok perkongsian sebelumnya disini.
Sekarang, dapur tersebut telah dihiasi dengan cantik. Banyak barangan yang dibeli untuk mencantikkan deko ruang ini. Antaranya ialah dari Kaison, Ikea dan ada juga antaranya DIY sendiri. Jadi, jom kita tengok dekorasi yang cantik ini melalui perkongsian daripada beliau.
Dulu kakja ada share dapur yang bulan siap. Sekarang, Alhamdulillah dah 5 bulan dapur kakja berasap.
Dapur bajet dan simple kakja. 100% design dan layout dari kakja. Praktikal sangat walaupun kecik. Sesuai dengan keluarga kecik.
Yang ingat kos kabinet pintu nyatoh 6550.00 untuk 27 kaki base plus hanging 7 kaki. Yang tile tu beli sendiri runcit2 upah pasang saja.
Lain2 deko by kakja lah. Tema Old school
Ruangan Dapur Sebelum Dekorasi Dilakukan
Inilah dia rupa ruang dapur milik Celoga Kotej sebelum melakukan dekorasi bahagian dapur beliau yang bertemakan "Old School". Kosong dan gtiada aoa-apa perabot lagi didalamnya.
Dekorasi Ruangan Dapur Bertemakan "Old School"
Selepas bertungkus-lumus membeli apa jua barangan untuk deko dapur ini, akhr=irnya siap juga. Inilah dia dekorasi dapur yang sangat diingikan olehnya iaitu deko dapur berkonsepkan "Old School".
Semua proses untuk membuat deko ni macam memindahkan perabot, menghias ini semuanya dilakukan oleh beliau sendiri.
Sumber : Celagi Kotej