Tidak ramai di antara kita ini dikurniakan sebuah bakat yang pandai dalam bidang seni. Dengan adanya bakat seni ini sudah pastinya dapat membuatkan ramai terpegun. Tidak semua bakat ini dikurniakan secara alam semulajadi. Ada juga yang pandai dan berbakat dalam bidang ini dengan melakukan banyak kali latihan.
Jika pandai didalam bidang seni sebegini, seharusnya ia digunakan sebaik mungkin. Macam yang dilakukan oleh wanita bernama Nami ini. Beliau telah melakukan sebuah dekorasi lukisan pada dinding rumahnya dengan hanya menggunakan marker pen daripada kedai ECO sahaja.
Melihat kepada hasil dekorasi yang dilakukannya. Hasil lukisan tersebut sangatlah cantik dan menarik minat ahli grup facebook Beli Apa Di ECO Hari Ini (Badehi). Jom kita tengok hasil dekorasi lukisan dinding rumah yag dilakukan oleh beliau.
Saya nak share pasal permanent marker KREATI. Beli di eco shop. Saya conteng ni masa PKP tahun lepas. So dah setahun dah. Warna dakwat masih elok & terang maybe indoor kan.
Mungkin boleh bagi idea pada yang suka conteng2 macam saya. 1 pek ada 4 batang. Untuk semua ni saya guna dalam 10 batang. Deco dinding semua eco termasuk frame gambar (kecuali jam)
Gambar Dan Jenis Marker Yang Digunakan
Inilah dia marker yang digunakan olehnya untuk menghasilkan apa jua lukisan dekorasi pada dinding rumahnya. Boleh didapati di kedai ECO jer.
Menurut beliau lagi, sebelum melukis pada apa jua dekorasi pada dinding rumah. Apa jua lakaran akan dilukiskan pada kertas terlebih dahulu. Selepas itu, gunakan pensel pula lukis pada dinding tersebut.
Kemudian, barulah guna marker pen untuk lukis lakaran yang diidamkan.
Hasil Dekorasi Lukisan Yang Dilakukan Pada Ruang Rumah
Inilah dia beberapa hasil lukisan yang dilakukan pada dinding rumah beliau ini. Tidak perlu menggunakan apa-apa cat. Cuma berbekalkan sebuah pen, marker dan juga kerajinan untuk melakukan dekorasi dinding ini.
Sumber : ナミ