Dekorasi frame cermin sekarang ini semakin menjadi trend yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Untuk melakukan frame cermin bukannya susah dan senang sahaja untuk dilakukan. Ia memerlukan beberapa barang termasuk dengan cermin daripada kedai ECO.
Untuk melakukan dekorasi ini, seorang wanita telah berkongsikan bagaimana untuk melakukan frame cermin ini dengan diy sahaja. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup facebook "Deco Rumah Cara Jimat".
Kepada anda yang ingin melihat bagaimana dekorasi ini dilakukan oleh beliau, boleh tengok barang yang diperlukan dan bagaimana untuk melakukannya daripada A-Z yang diajar oleh Farizah FieMarissa ini. Jom kita tengok perkongsian ini.
Lockdown sambil keluar pergi pos barang..Singgah hardware beli barang ni. Nasib baik la cermin tu dah beli awal kat kedai eco sebelum lockdown.
Sekarang kedai eco bukak pun hanya untuk barang makanan jer. Cermin tak boleh beli. Sbb cermin tu bukan satu keperluan namun ia satu keperluan yg sangat penting untuk kaum wanita
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Melakukan DIY Frame Cermin
1. Inilah dia barangan yang perlu anda untuk melakukan frame cermin ini. Beberapa pvc casing wire, spray berwarna dan juga frame yang dibeli daripada kedai ECO.
2. Proses membuat lakaran dahulu. Kan nanti tersilap step pulakan.
3. Potong pvc tadi menggunakan gergaji besi. Hati-hati ketika menggunakan gergaji tersebut.
4. Kita beralih pula ke proses untuk spraykan pvc itu pula. Kalau saya ingin ikutkan dengan warna dinding, jadi saya spray warna putih.
5. Cermin yang dibeli daripada kedai ECO
6. Spraykan juga frame cermin tersebut dengan warna yang diinginkan.
7. Proses memasang frame tersebut pada dinding rumah ini.
Hasil Akhir Dekorasi Frame Cermin Ini
Inilah dia hasil akhir dekorasi frame cermin yang saya lakukan dirumah saya. Anda semua boleh lakukannya dirumah waktu-waktu lockdown ini dengan family tersayang. Semoga ini dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.
Sumber : Farizah FieMarrisa