Dekorasi untuk setiap dinding setiap hari semakin popular. Antara dekorasi yang popular untuk dekorasi dinding adalah antara wainscoting dan juga shiplap wall. Namun, pernah atau tidak anda mendengar dekorasi yang terbaharu iaitu " Brick Painting Walls" yang terbaharu?
Sepasang suami isteri ini telah melakukan perubahan pada dinding rumah mereka dengan dekorasi "brick painting walls" yang terbaharu secara DIY. Seorang pengguna facebook Farah Hisyam telah berkongsi projek beliau menghias dinding dengan membuat brick painting.
Beliau juga menyatakan kos keluruhan dalam membuat brick painting ini adalah tidak lebih RM150 sahaja. Ia merupakan kos yang bajet dan tidak mahal. Sesuai untuk sesiapa yang ingin membuat dekorasi ini namun pada harga bajet. Jom kita tengok perkongsian beliau.
Saya nk share project feature wall yang kami laki bini buat. We choose #diybrickpainting utk rumah kecil kami.
Nak upah contractor mahal, jadi kami gagahkan diri buat sendiri. Sampai nk demam2 buat benda alah ni
Kos tak sampai RM150 pun, tp effort tu yg mahal
CARA MEMBUAT DEKORASI "BRICK PAINTING WALLS"
Warna yang kami gunakan untuk membuat brick painting walls
1. Nippon paint 2058a firelight cc super matex
2. Jotun essence easy clean code 2059 brick red
HASILNYA!!
Macam mana dengan perkongsian ini? Mesti anda juga ingin melakukan dekorasi ini juga kan? Giler Deco berharap anda terlebih dahulu mengambil inspirasi dan juga ilham sebelum membuat dekorasi dinding ini. Semoga berjaya semua.
Sumber : Farah Hisyam