Dekorasi Apartment Yang Tidak Mengikut Trend Tertentu

Ditulis oleh

Apabila melangkah ke kediaman dekorasi apartment ini sudah cukup untuk menceritakan karakter pemiliknya yang tidak mengikut trend tertentu. Pemilik rumah tersebut adalah Augustina Early Hary Iskandar, 39, telah menggabungkan pelbagai konsep dan tema namun ia masih nampak menarik.

Beliau menyatakan bahawa setiap daripada anda semua apabila menghias rumah tiada yang betul atau salah. Semuanya bergantung kepada kekemasan, kesesuaian dan juga cita rasa masing-masing. Selain itu, anda juga berhias mengikut kemampuan masing-masing. Tidak perlulah untuk berbelanja besar.

Beliau juga telah berkongsikan beberapa keping gambar dekorasi apartment yang telah dia hiaskan dan Giler Deco akan berkongsikan beberapa gambar daripada beliau. Jadi anda boleh ambil inspirasi daripada artikel ini untuk menghias. Jom kita tengok.

Lelaki Ini Berkongsikan Dekorasi Apartment Yang Tidak Mengikut Trend Tertentu

Penggunaan Warna Putih Dan Rona Kuning

Perhatikan apabila anda melangkah masuk sudah tentu mata tertumpu kepada ruang makan apabila Augustina menggabungkan dinding berwarna putih dengan rona kuning bagi mencipta karakter tersendiri pada ruang kecil itu.

Koleksi Gitar Dijadikan Sebagai Perhiasan Dinding

Dekorasi Apartment

"Apa yang saya lihat cantik dan praktikal saya cuba terapkan dalam hiasan dalaman rumah saya bersesuaian dengan konsep serta perabot sedia ada," kata surirumah ini memulakan bicara.

Dan sudah tentu ruang tamu adalah perhatian utama Augustina memandangkan ia tempat paling digemari mereka sekeluarga.

Ruang Dapur Dihiasi Dengan Ringkas

Dekorasi Apartment

Sofa berbentuk L ini sangat sesuai kerana ia menjimatkan ruang. Selain itu, saya menggunakan kertas dinding yang memaparkan pemandangan di sebuah lorong bagi memberi impak lebih besar.

Ruang ini juga saya letakkan meja bekerja serta troli yang dibeli di Ikea untuk meletakkan makanan ringan untuk suami dan anak-anak mengunyah ketika menonton televisyen.

Konsep Angkasa Untuk Anak-Anak

Dekorasi

Beliau mempunyai dua anak lelaki iaitu Azrell Adriansyah Azman, 9 dan Aydean Ardiansyah Azman, 8 tahun memberikan idea kepada Augustina untuk tampil dengan konsep angkasa lepas untuk bilik anak-anaknya.

Penggunaan warna biru berserta ilustrasi angkasa lepas lengkap dengan kesemua planet pada dinding memperlihatkan sifat maskulin.

Kamar Tidur Yang Cukup Damai Dan Romantis

Tidak melupa juga akan bilik tidurnya bersama suami, Azman Ahmad, 38, Augustina memilih konsep tropika bagi mewujudkan suasana romantis.

Penggunaan warna hijau pada dinding dipadankan dengan tumbuh-tumbuhan hijau sebagai aksesori selain menggunakan warna putih pada cadar bagi mengimbangi rona itu yang melatari kamar beradunya bersama suami.

Follow Facebook kami DISINI untuk dekorasi rumah yang lagi menarik.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 28, 2021
Dikemaskini pada
Januari 28, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram