Menduduki di sebuah rumah apartment ini sememangnya sangat selesa dan mendamaikan. Dengan suasana yang cantik dan juga keluasan rumah tersebut merupakan antara benda yang menarik untuk memilih rumah apartment ini.
Namun, untuk menduduki rumah apartment ini sudah semestinya kita kena menjaga dan melakukan sebuah dekorasi yang cantik. Tidak kisahlah jika dekorasi apartment tersebut mahal atau bajet, yang penting dalaman rumah tersebut perlu nampak cantik.
Wanita yang bernama Liyza Eja ini telah berkongsikan beberapa keping gambar sebelum dan selepas dekorasi rumah apartment beliau yang bajet ini. Pekrongsian tersebut telah dikongsikan didalam media sosial facebook. Jom kitatengok perkongsian daripada beliau ini.
Alhamdulillah.
Sempena public holiday arini meh laa kita mengemas rumah. Kerja yang sampai bila2 pun takkan habis.
Dari proses mengecat,tampal vinyl,buat wainscoting dan tampal cermin semua DIY sendiri sebab tu kalau tengok Deco ni. Deco Bajet je. Amatur pnya kerja camni laa. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 1 tahun 3 bulan pindah sini. Syukur.
Dalaman Rumah Apartment Pada Awalnya
Ni masa mula2 usha, tgh fikir nk beli ke tak nak beli.
View rumah ni lawa sebab rumah ni tepi lif dan tepi skali jadi pandangan depan memang tak ada halangan.
Hasil Dekorasi Rumah Apartment Yang Dilakukan Ini
Dalam banyak-banyak benda kerusi ni antara yang paling saya sayang sbb usia kerusi ni dah hmpir 13 tahun.
Sini laa ruang tengok tv ruang tamu ni tak boleh letak banyak perabot.
Ni view dari beranda
Aritu dah cat kelabu putih tapi sekejap je dah kena conteng dengan budak kecik kat rumah ni. Hari-hari sakit mata tengok. Harap2 tak kena dah laa dinding.
Bilik je warna putih asli suci murni lagi, tggu masa juga tu sis nak cat warna lain. Tapi nak cari mood dulu
Nie view dari beranda, kalau buka je sliding door luas2 memang angin rasa macam kat tepi pantai.
Sumber : Liyza Eja