Setiap bilik tidur kita semua ini seeloknya mempunyai satu ruang khas untuk dijadikan sebagai ruang solat. Mempunyai sebuah ruangan solat ni sangat penting kerana kita akan sentiasa mengingati solat dan tidak meninggalkannya. Jadi, Nor Faizalina melakukan deko ruang solat bilik anak perempuannya dengan bertemakan warna pink.
Beliau telah berkongsikan hasil dekorasi ini didalam grup Facebook bernama Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY. Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang positif daripada ahli-ahli grup tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Saya kongsikan decorations ruang solat anak perempuan saya. Saya bukan pandai sangat menghias tapi saya agak pandai beli barang di ECO.
Hiasan dinding guna bakul yang ada penutup. Beli di ECO. Bakulnya buat tempat isi barang, penutupnya saya buat hiasan. Asalnya sayang penutup tu tak guna. Anak dara saya yang bagi idea.
Frame, bunga kecil tu pun ECO punya.
Wallpaper warna pink tu pun beli di ECO. Ikutkan nak buat sampai syiling tapi itu je yang ada.Alas rehal warna pink pun beli di ECO jugak. Cantikkan? Gebus lagi. Banyak benor barang ECO saya guna. Sebab tu kalau masuk ECO payah nak keluar
Dekorasi Ruang Solat Bertemakan Warna Pink
Inilah dia dekorasi ruang solat yang dilakukan oleh Nor Faizalina terhadap bilik anak perempuanya.
Kepada sesiapa yang bertanya pasal wallpaper pink tu. Saya beli didalam Shopee sahaja. Nanti saya listkan barang yang dibeli dari Shopee. Untuk bakul tersebut pula dibeli di kedai ECO rm2. Biasalah kedai berhantu. Hehehe.
Sebelum & Selepas Bilik Anak Perempuan
Alang-alang dan tunjuk bilik anak perempuan tersayang ni. Jadi, sedikit perkongsian terhadap gambar sebelum dan selepas bilik anak yang dihiasi oleh ibunya. Nak sangat warna pink, ibunya akan bagi.
Sumber : Nor Faizalina Wati Rahman