Mempunyai sebuah ruangan pejabat sememangnya sangat praktikal untuk seseorang yang sangat sibuk dengan kerja dan memerlukan sebuah ketenangan dalam melakukan kerja. Jadi, untuk melancarkan proses bekerja tersebut, suasana ruang pejabat juga haruslah dilakukan deko yang cantik dan menarik.
Macam yang dilakukan oleh Faezah Othman ini. Beliau telah membina sebuah ruangan pejabat untuk beliau melakukan sebuah dekorasi ruang pejabat itu dengan hasil membeli barangan daripada Shopee. Ingin melihat hasilnya? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Saya pernah kongsi progress pejabat saya dulu masa buat shiplap. Ramai pm nak tengok bahagian luar. Ramai juga tanya kos keselurahan shiplap untuk satu ruang bilik pejabat ni.
Nak kongsi gambar bahgian luar. Ni bukan rumah. Ni pejabat untuk saya cari rezeki. Buat guna konsep bajet.
Kos Keseluruhan Dan Bahan Yang Digunakan Dalam Melakukan Dekorasi Ruang Ini
Sini saya kongsi total kos saya abis untuk shiplap & cat keseluruhan pejabat yang bersaiz 18kaki x 16kaki. Semua barang beli kat shopee.
Total untuk keseluruhan ini ialah RM1520++
Untuk mozek, syiling gantung & papan playwood keliling total kos abis 3k++. Yang ni upah orang sekali barang.
Proses Dalam Melakukan Deko Ruang Pejabat Ini
Begilah dia keadaan rupa pejabat saya pada bahagian luar
Masa ni kami semua mula-mula masuk ke dalam pejabat yang baru siap dibina.
Proses untuk melakukan dekorasi dan juga shiplap wall pada ruangan ini sedang dijalankan.
Selepas proses dilakukan inilah dia keadaan pada ruangan bahagian pejabat ini. Waktu ni kosong lagi, yang selebihnya kami akan lakukan dekorasi untuk nampak lebih cantik.
Hasil Dekorasi Ruangan Pejabat Yang Dilakukan Ini
Alhamdulillah. Selepas berhempas pulas mencari barangan di Shopee dan menunggu pula waktu barangan untuk sampai. Siap juga dekorasi yang dilakukan ni. Walaupun simple jer namun sangat happy jer tengok.
Sumber : Faezah Othman II