Deco Simple Rumah Sewa Lama Guna Wallpaper 3D

Ditulis oleh

Rumah sewa adalah rumah sementara yang anda tinggal seketika kerana rumah yang anda bina belum siap atau anda tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membeli rumah sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Izwan Mohd Tarmiji. Perkongsiannya adalah mengenai Deco simple rumah sewa lama guna wallpaper 3d.

Jadi sementara anda tinggal di rumah sewa ini pasti anda mahukan rumah sewa anda kelihatan cantik dan menarik bukan walaupun hanya simple sahaja? Jadi tidak salahnya jika anda cuba deco rumah sewa anda walaupun dengan konsep simple sahaja.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang agak menarik ini.

Deco Simple Rumah Sewa Lama Guna Wallpaper 3D :

 

Assalamuaikum.

Ubahsuai rumah sewa lama. Kita ini bukan dari darah tukang-tukang ini. Janji ada drill. Macam-macam idea datang. Tapi sayang tak sampai 3 bulan sudah pindah rumah lain.

Walau bagaimana pun ini adalah hasil pertama deco guna 3D wallpaper memang cun dan cantik sangat.

 

Ini adalah keadaan pada bahagian dapur rumah sewa lama sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.

deco dapur rumah sewaIni pula adalah pandangan lebih dekat keadaan kabinet dapur rumah lama.

deco dapur rumah sewaProses pemasangan mula dilakukan dengan menampal mozek pada bahagian kabinet dan pintu kabinet dengan konsep baru.

deco dapur rumah sewaIni adalah keadaan ruang dapur rumah sewa ini selepas proses ubahsuai dilakukan dengan menerapkan gaya dan konsep wallpaper 3D yang sangat menarik. Dengan menerapkan wallpaper jenis ini sedikit sebanyak dapat menjadikan bahagian dapur rumah sewa anda lebih kelihatan menarik.

deco dapur rumah sewaItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari idea dan sumber inspirasi dalam mencari idea untuk ubahsuai dapur rumah sewa anda.

Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk anda semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 3, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 3, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram