Rumah sewa adalah rumah sementara yang anda tinggal seketika kerana rumah yang anda bina belum siap atau anda tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membeli rumah sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Izwan Mohd Tarmiji. Perkongsiannya adalah mengenai Deco simple rumah sewa lama guna wallpaper 3d.
Jadi sementara anda tinggal di rumah sewa ini pasti anda mahukan rumah sewa anda kelihatan cantik dan menarik bukan walaupun hanya simple sahaja? Jadi tidak salahnya jika anda cuba deco rumah sewa anda walaupun dengan konsep simple sahaja.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang agak menarik ini.
Assalamuaikum.
Ubahsuai rumah sewa lama. Kita ini bukan dari darah tukang-tukang ini. Janji ada drill. Macam-macam idea datang. Tapi sayang tak sampai 3 bulan sudah pindah rumah lain.
Walau bagaimana pun ini adalah hasil pertama deco guna 3D wallpaper memang cun dan cantik sangat.
Ini adalah keadaan pada bahagian dapur rumah sewa lama sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.
Ini pula adalah pandangan lebih dekat keadaan kabinet dapur rumah lama.
Proses pemasangan mula dilakukan dengan menampal mozek pada bahagian kabinet dan pintu kabinet dengan konsep baru.
Ini adalah keadaan ruang dapur rumah sewa ini selepas proses ubahsuai dilakukan dengan menerapkan gaya dan konsep wallpaper 3D yang sangat menarik. Dengan menerapkan wallpaper jenis ini sedikit sebanyak dapat menjadikan bahagian dapur rumah sewa anda lebih kelihatan menarik.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari idea dan sumber inspirasi dalam mencari idea untuk ubahsuai dapur rumah sewa anda.
Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk anda semua.