Mempunyai anak kecil yang aktif memang tidak boleh lari dan tidak boleh dielakkan dari dinding rumah di conteng oleh mereka. Hal ini kerana kanak-kanak memang tingkah-lakunya seperti itu. Jadi tidak hairanlah dinding rumah anda akan penuh dengan contengan mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang ibu dan juga merupakan seorang suri rumah iaitu Ayuni Jalil. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah usang bertompok guna cara diy bajet.
Jom kita ikuti perkongsian menarik ini.
Keletihan yang memuaskan dan sedap mata memandang.Sebelum ini cat warna purple. Lepas itu tampal wallpaper pulak. dah 2 tahun jadi tahun ni saya tukar warna kuning pulak. Tak pandai nak mendeko sangat.Seharian saya habiskan masa dengan mengecat rumah sambil jaga baby 2 bulan.Suami ajak cat hujung minggu. tak boleh nak sabar tunggu hujung minggu. saya cat sorang-sorang time suami pergi kerja. Bising mak mertua menantu baru habis pantang dah mngecat.Cat Nippon paint 5 literColour code field daisyWallpaper dan border paper : Mr DIYHarap anak-anak ummi lepas ini tak conteng dinding ummi lagi.
Ini adalah keadaan rumah sebelum deco rumah dengan gaya baru. Jelas disitu kawasan dinding agak kelihatan usang.
Ini adalah keadaan ruang tamu selepas diubahsuai.
Keadaan rumah semasa proses mengecat dijalankan.
Keadaan rumah setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk deco rumah anda cara diy. Selamat mecuba.