Bukan semua orang mampu untuk membeli dan tinggal di rumah sendiri. Walaupun anda hanya tinggal dirumah sewa, perkara tersebut bukanlah menjadi satu halangan untuk anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah yang anda sewa. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Zana Thas. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah sewa kampung guna cara bajet.
Sekiranya pemilik rumah yang anda sewa itu telah memberi kebenaran untuk anda, apa salahnya untuk anda deco rumah sewa anda kan? Pemilik rumah pasti akan merasa gembira sekiranya rumah yang diberi sewa itu dijaga dengan baik.
Jom kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Sebelum dan selepas deco rumah kampung, rumah sewa.Tema simple sahaja sebab ada anak membuas dan nakal.saya suri rumah sahaja. Nak beli sekali gus tak mampu. Jadi saya beli satu bulan satu barang. Pokok (tak termasuk basket) itu saya beli dengan harga rm10 je. Floor lamp tu saya dapat harga rm70.
Ini adalah keadaan dalaman rumah sebelum diubahsuai. Jelas kelihatan rumah sewa kampung bukan?
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai dengan cantik. Nampak begitu jauh perbezaan sebelum dan selepas rumah kampung ini. Cantik sangat.