Bukan semua orang dikalangan kita yang mampu untuk memiliki rumah yang mewah dan baru. Hal ini kerana untuk memiliki dan membina rumah baru yang kelihatan cantik dan mewah memerlukan wang yang banyak. Jadi untuk yang kurang berkemampuan dan yang ingin menjimatkan wang. Tidak salahnya jika anda memberi rumah tangan kedua atau dipanggal rumah "Secondhand". Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga suri rumah yang bernama Ain Aidaa. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah secondhand kepada konsep "deco simple elegan".
Tinggal dirumah secondhand bukan menjadi masalah besar untuk anda membuatkannya kelihatan baru. Ini adalah terletak kepada kemahuan anda dalam cuba untuk deco rumah anda. Jika anda mahukan suatu kelainan, nescaya anda dapat menjadikan rumah sederhana yang anda beli itu bertukar menjadi rumah yang cantik dan elegan walaupun deco rumah yang diterapkan adalah simple sahaja.
Jom ikuti perkongsian yang menarik dari pasangan ini.
Assalamualaikum dan salam semua rakan-rakan Facebook. First time nak post disini. Alhamdulillah. Baru 70% siap mendeco. Pelan pelan mendeco. Rumah secondhand saya dan suami beli. Kalau ikutkan nafsu. Banyak sangat nak mendeco! Doakan saya suami isteri murah rezeki ea. Deco simple simple je. Thank you.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai dengan gaya baru yang cantik.
Pandangan dari sudut berbeza keadaan ruang tamu rumah.
Keadaan pada bahagian tangga sebelum diubahsuai.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah setelah diubahsuai dengan gaya baru yang cantik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi sumber inspirasi dan idea kepada anda dalam cuba untuk mendekorasi rumah secondhand anda.