Deco Rumah Mertua Guna Gaya "Wainscoting Simple"

Ditulis oleh

Rumah yang anda diami tidak kiralah baru atau rumah lama yang lusuh, semuanya layak diberikan nafas baru untuk diubahsuai. Tidak kiralah rumah itu kepunyaan anda sendiri atau hanya rumah mak mertua anda. Jika berkemampuan sebolehnya anda cubalah untuk mengubahsuai kediaman rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nadia Zahari. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah mertua guna gaya "wainscoting simple".

Jom sama sama kita ikuti perkongsian yang menarik.

Deco Rumah Mertua Guna Gaya "Wainscoting Simple" :

Setahun selepas pindah ke kedah. Alhamdulillah dapat jugak renovate rumah mak mentua saya.

Last year covid kami duk senyap tak buat apa. Duduk la walaupun anak-anak cakap rumah mak tok tak lawa belah atas ja la belah bawah lawa tapi deco dulu-dulu punya stail. Nasib baik dia tak tau kalau tidak kecil hati dia. Tunggu greenlight dari dia sahaja.

 

Asal nak repair bilik air yang bocor sahaja. Tapi itu melarat habis laa tempat lain. Dapat pulak menantu suka deco. Rumah yang dah berusia 38 tahun sama umur saya dah bertukar jadi macam baru. Ini kan mak mentua saya bukan naik atas tengok pun lagi. Dia tak larat nak naik tangga. Dia dengar  sahaja dang dung dang dung orang tengah renovate.

keadaan rumah sebelum diubahsuai. Tu aircond kayu lama. Tak ada jual dah tapi masih sejuk kalah aircond baru. Dah bawa pindah pergi dekat bawah.

Ini adalah keadaan tandas sebelum diubahsuai.

deco rumahBath tub tak tukar guna yang lama bapa mentua saya tempah dulu tak besar sangat muat la sorang kalau nak masuk.

deco rumahLangsir ini buat masa saya dengan husband menikah 18 tahun dah kuning merengau. Time ini sultanah kedah datang tu yang buat warna kuning.

deco rumahKeadaan rumah selepas di deco rumah gaya baru diterapkan.

deco rumah

deco rumah Keadaan lantai herringbone guna spc interlocking.

deco rumahParquet ni habis kena makan dengan anai-anai. Bilik ini setahun sekali sahaja orang masuk. Sekarang ini boleh kat anak laki saya. Bilik dia la.

deco rumah

deco rumah

 

deco rumah Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan wainscoting yang menarik.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.

 

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 15, 2021
Dikemaskini pada
Jun 15, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram