Deco Ruang TV Rumah Bandar Jadikan Ala "Kampung Style"

Ditulis oleh

Mengubahsuai rumah menggunakan gaya moden dan gaya masa kini memang ramai yang melakukan perkara tersebut. Tetapi menukarkan rumah jenis bandar kepada gaya kampung boleh dikatakan memang agak rare dan jarang dilakukan oleh pemilik rumah pada masa kini. Perkongsian pada kali ini adalah dari pemilik rumah tersebut yang bernama Enuar Zamuel. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai deco ruang tv rumah bandar jadikan ala "kampung style".

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai rumah kepada gaya kampung klasik yang menarik ini.

Deco Ruang TV Rumah Bandar Jadikan Ala "Kampung Style" :

Dua tahun tak balik kampung.

Tahun ni kita deko ruang tv kita ala-ala rumah kampung.
Akhirnya siap jugak malam ni (3 minggu kerja main-main).
Deko guna barang-barang yang ada je. Tingkap dan pintu tu kebetulan ada orang nak roboh rumah lama.
Ada ke yang minat macam kita?
Rasa macam ada kat kampung jer kan?

Tak tahu la rumah ni patent apa. Tengah ni sebenarnya tempat jemur kain. Atas tak ada atap. Konon macam indoor garden lah.

deco rumah kayu
deco rumah kayu

Ni dah siap buka. Tinggal masuk lori sahaja.

deco rumah kayu

Ini adalah ketika mula-mula pasang dua keping dulu.

deco rumah kayu

Inilah hasil yang telah siap.

deco rumah kayu

Radio G.E.C 50an ni tak funtion dah. Saja letak sini.

deco rumah kayu

Kipas jenis KDK.

deco rumah kayu

Peta lama kampungku. Rindu Kuantan.

deco rumah kayu Ayat kursi lama dan kalimah Allah dan Muhammad.

deco rumah kayu

Lesen tv lama. Saapa sempat zaman ni?

deco rumah kayu

Pandangan dari bawah.

deco rumah kayu Pokok ni kutip tepi sawit. Macam keladi. Tak tahu la pokok apa.

deco rumah kayu Ni wajib ada, lambat mandi, siap. Benda ni la buat kita jadi manusia.

deco rumah kayu Pandangan serong.

deco rumah kayu Bahagia sungguh dua-dua makcik ni. Kejap lagi penuh laa mainan dia.

deco rumah kayu Itu sahaja perkongsian deco rumah gaya kampung yang menarik pada kali. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 29, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 29, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram