Semua pemilik rumah sudah pasti mahukan suasana dan keadaan rumah yang tenang dan selesa. Hal ini kerana, ianya mampu menghadirkan mood yang mendamaikan sewaktu balik dari kerja. Selain itu, perasaan penat bekerja juga akan hilang setelah melihat sesuatu yang menarik dan sedap mata memandang. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Emma InaRis. Perkongsiannya pula adalah mengenai deco ruang tamu dan bilik utama rumah apartment 850sqft.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai. Meja makan yang digunakan dibawah ini dibeli dari IKEA. Kerusi tersebut dibeli dari SSF dengan harga RM129.
Pada bahagian belakang dinding tersebut, beliau menggunakan wallpaper foam bagi menimbulkan satu kesan yang cantik dan kemas. Pada bahagian dinding pula diletakkan wall shelf.
Rak TV yang digunakan itu dibeli juga dari IKEA.
Kos penggunaan wallpaper foam untuk dinding seluas ini lebih kurang RM500.
Ruang bilik sebelum diubahsuai.
Keadaan bilik tidur selepas diubahsuai. Katil ini juga dibeli dari IKEA.
Barangan perabot untuk meja makeup ini juga dibeli dari IKEA.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mencantikkan kediaman dalam rumah anda dengan gaya baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.