Tinggal sehari sahaja lagi bulan puasa akan meninggalkan kita semua dan hari raya kian tiba. Memang ketika ini semua pemilik rumah mahukan yang terbaik bagi memastikan rumah mereka kelihatan cantik dan kemas. Walapun tinggal didalam keadaan rumah kediaman yang agak terhad, Namun itu bukanlah alasan untuk anda tidak deco rumah. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita dan juga pemilik rumah iaitu Nurul Azira Ahmad Shukri. Perkongsiannya adalah mengenai deco raya rumah "ruang terhad" kepada gaya simple, kemas tapi cantik.
Rumah kediaman ibarat syurga untuk mereka sekeluarga. Jadi tidak salahnya jika anda ubahsuai rumah anda dengan satu konsep baru yang dapat membuatkan rumah anda kelihatan cantik. Sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan bajet yang cukup besar untuk deco rumah. Cuma anda perlukan kreativiti dalam menghias rumah sudah cukup memastikan rumah anda kelihatan kemas.
Jom kita ikuti perkongsian deco rumah raya yang menarik dari pemilik rumah ini.
Sebelum & Selepas.Ubah sikit-sikit ada Yang diberi nafas baru juga rak kasut, peti sejuk, pintu & drawer.banyak ubah warna putih sebab laki bini minat putih, plan nak beli baru tapi barang elok lagi jadi saya beri la nafas baru.Pilih putih sebab nak nampakkan rumah lagi luas maklum la rumah kami comel je.Tambah lampu raya sikit nak ambil mood raya walaupun tak boleh balik kampung.
Ini adalah keadaan rumah sebelum didekorasi dengan gaya baru.
Ini adalah keadaan ruang tamu setelah didekorasikan dengan konsep baru.
Padangan dari sudut lain bahagian ruang tamu rumah.
Ini adalah keadaan ruang makan dan ruang dapur setelah diubahsuai.
Pandangan lain ruang makan dan ruang dapur.
Ini adalah deco rumah ruang rehat.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam deco rumah.