Deco Raya Rumah Cara DIY Guna Konsep "Moden Klasik"

Ditulis oleh

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Meskipun kini dunia dikejutkan dengan penyebaran virus Covid19 yang semakin meningkat naik dengan mendadak. Namun itu semua bukanlah penghalang untuk anda tidak deco rumah kediaman anda untuk menyambut hari yang mulia iaitu hari raya Aidilfitri. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Azreen Az. Perkongsiannya adalah mengenai deco raya rumah cara diy guna konsep "moden klasik".

Meskipun tahun ini kita semua beraya dalam perintah kawalan pergerakan (PKP). Tetapi anda janganlah menganggap bahawasanya kita tidak mampu menyambut hari raya dengan bahagia. Walaupun tidak dapat merentas daerah dan negeri, namun anda dapat beraya dengan suami dan anak tersayang. Jadi tidak salahnya jika anda cuba deco rumah anda untuk keluarga anda sendiri meskipun orang ramai tidak dibenarkan datang beraya.

Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai rumah yang menarik ini sempena menyambut hari raya yang bakal menjelma.

Deco Raya Rumah Cara DIY Yang Sangat Cantik :

 

Ini adalah keadaan rumah sebelum proses ubahsuai rumah dilakukan untuk menghasilkan dekorasi dan konsep raya yang cantik dan menarik. Sangat kreatif deco rumah yang dihasilkan

deco rumahIni pula adalah keadaan rumah semasa proses ubahsuai sedang giat dilakukan oleh suaminya. Walaupun ruang rumahnya adak terhad tetapi dekorasi yang diterapkan sangat cantik dengan konsep ala-ala klasik moden sebegitu. Menarik bukan?

deco rumahIni adalah hasilnya apabila rumah ini selesai didekorasikan dan diubahsuai dengan deco rumah sempena menyambut hari raya yang cantik.

deco rumahIni adalah keadaan ruang makan rumah ini. Cantik ubahsuai yang dilakukan dengan susun cermin dengan cara yang menarik pada dinding rumahnya.

deco rumahIni adalah keadaan dekorasi ruang tamu setelah diubahsuai dengan gaya dan konsep raya.

deco rumah

deco rumah

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberikan sumber dan idea inpirasi untuk anda dalam deco rumah sempena hari raya yang bakal menjelang nanti. Selamat mencuba

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 9, 2021
Dikemaskini pada
Mei 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram