Tinggal dirumah sewa memang agak mencabar kalau mahu lakukan deco rumah dan ubahsuai rumah kerana bukan semua pemilik rumah membenarkannya. Jika anda dapat seorang pemilik rumah yang membenarkan anda untuk ubahsuai dan deco rumah sewa anda, anda memang sangat beruntung. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang penyewa yang bernama Norhaimi Said. Perkongsiannya adalah mengenai deco luar biasa rumah sewa kampung tanpa beli barangan dan perabot baru yang sangat simple dan jimat.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah sewa yang menarik ini.
Deco-deco rumah sewa di kampung guna barangan apa yang ada, Tak ada beli pun kecuali cat dan kain.
Jimat bajet yang penting nampak lain sikit, saya tak pandai sangat.
Ini adalah pandangan dari luar rumah sewa saya.
Mula-mula pindah dulu baru sempat pasang tikar getah sahaja ketika itu.
Dinding dulu warna hitam sebelum ditukar kepada warna lain.
Ini pula keadaan langsir rumah sewa ini, sebelum diganti baru, penyewa lama tinggalkan langsir ini.
Ini adalah warna kerusi pada asalnya. Kerusi asal warna ni, kerusi tuan rumah punya.
Bahagian bawah rumah, perabot tak cat lagi, bunga pun senget benget.
Ini semua adalah hasil dari hadiah-hadiah dari kawan-kawan saya, saya letak di sini.
Kerusi cat baru, sarung kusyen beli kain dan jahit jelujur sahaja.
Langsir pun guna kain murah sahaja.
Tiang seri saya kekalkan warna asal.
Almari yang dah tak boleh tutup dan berkulat. Cat semula boleh guna balik.
Meja sekolah yang dah rosak saya cat balik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.