Sudah menjadi lumrah untuk suri rumah ingin memiliki dapur yang kelihatan cantik dan mewah. Sudah pasti apabila memiliki dapur yang cantik memang akan menaikkan lagi semangat untuk ke dapur. Bayangkan memiliki dapur jenis kampung yang biasa-biasa pun hari-hari ke dapur, inikan pula jika memiliki dapur mewah. Jadi perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama KamaLia Karmila. Perkongsiannya adalah mengenai deco dapur kampung kepada konsep "mewah simple".
Dapur memang tempat yang selalu digunakan oleh suri rumah untuk menyediakan makanan untuk anda dan anak-anak seisi keluarga. Jadi tidak salah jika anda cuba hadiahkan dapur baru kepada isteri anda sebagai tanda penghargaan isteri anda kepada anda selama ini.
Memiliki dapur yang cantik dan mewah isteri pun happy anda pun akan tersenyum lebar nanti. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai dan deco dapur yang menarik ini.
Dari dapur sebuah rumah kampung. Kita makeover supaya lebih selesa. Salam Ramadan buat semua.
Ini adalah keadaan dapur jenis kampung sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru iaitu gaya mewah simple.
Ini pula adalah keadaan ruang makan sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya moden yang sangat cantik.
Ini adalah keadaan ruang dapur dan ruang makan selepas konsep deco dapur dilakukan denga cantik dan kelihatan sangat mewah.
Ini adalah gambar pandangan dari sudut pandangan lain deco dapur rumahnya.
Ini adalah keadaan ruang dapur dari sudut pandangan dekat.
Gambaran lebih jelas Deco dapur yang sangat mewah dan menarik.
Gambar keadaan dapur setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi sumber inspirasi kepada anda dalam melakukan deco dapur.